Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

December 8, 2015

PUDGi - A new venture

THIS IS A MISSION STATEMENT :
Nani Yunus and I have decided, after a long thought and she agreeing to it (although she said it was my decision - kids, this is how a marriage works), we are going to move to a place called Giching in 2016. Here's the Airbnb link for the place : https://www.airbnb.com/rooms/4458240.
It is in Sepang, just across the entrance to Bandar Baru Salak Tinggi (Jalan Haji Jumani to be exact), 5 minutes drive to Salak Tinggi ERL (the fare will be RM18 one-way now after staying at RM12.50 for a long time). It is 10 minutes to F1 Sepang International Circuit track, Mitsui Premium Outlet and both KLIAs. Seri Serenia, where the new Xiamen University Malaysia Campus is, is just 15 minutes drive from it. There'll be another premium outlet there, soon.

The land is owned by my mom, the real property guru who bought the land in the 80s and can make a bundle if she sells it now. I am thankful for her as a mother and learned all my property skills from her (a book about her is in the planning stage). We never live in a kampung and this is as close we ever get to live in one.
In 2011, we did it by selling our house in BBSA- Bukit Bandaraya Shah Alam at a price we didn't expect anyone would be willing to pay but surprisingly, someone did. We have to apologize because for all you know, we are the one who started the price range for the 20' x 70' double-storey terrace house in that area to cost upward of half-a-million RM.
As we don't have kids, yet (insha Allah when we have rezeki), we could easily relocate and we choose Ara Damansara to be the place we might want to buy a house and we want to try it out first. So, we rent. I wrote a few article saying we should rent first before buying a place and I practiced what I preached. I am renting my current abode and extend it last year until near the end of 2016. Alas, the place is getting too crowded, there will be 7 malls in this area alone with all the condominiums to be completed soon and although LRT will be just 3 minutes drive, it is not a nice place to live anymore.
I did write a few of my books in this house including PINJAM - sebuah novel Anuar Shah, PENTAS and the upcoming PERSONA (all with Fixi) with a few short stories and a few of my Ask the Lawyer books. Nani Yunus did make a good career for herself with Reapfield Property Shah Alam. We love it here in Ara Damansara and it is our first fully gated and guarded community with us, a Malay couple, being the minority (again, I did write articles about this a few times). We love the park behind our house with dogs roaming (wild and tame) and we even feed a few of the dogs, one we name Doggie (yes, we know) and one black poodle we still not sure to name him Dash or Bash. The stray cats Stranger and Stoking don't come here anymore and we lost our cats, Cookie and Muffin, here. We hope they are in a better place.
So, after discussing with our cats, Pudgy, Kiddo and Jelly, we are moving very slowly to Giching. We will still use this current place as our transit home until our tenancy runs out in November 2016.
Kg Giching might just be our retirement place. We are NOT retiring. We plan to never retire. I am very much involved with my legal firm Khairul, Suhaila & Hazlina and Nani Yunus with her 'Property Listings by Nani Yunus' project. We have tried the commute from it to our respective workplaces and we'll be using more public transport than ever. We've been testing ERL, LRT, Komuter, Uber Malaysia services, GrabTaxi and even busses to get around. We will drive if we need to. We will be buying properties in Transit Oriented Development soon as transit houses and maybe rent or sell them accordingly. We will still attend events and lepaking like we always do in Klang Valley.
We are also jumping into the start-up bandwagon with PUDGi - Pusat Urbanisasi Desa Giching, a cafe cum event venue with writing residency planned in the future with involvement, I hope, from Malaysian Writers / Penulis Malaysia (a Facebook page group), Fixi, DuBook Press, Lejen Press or any of the indie publishers who like to support us or do a community-base event. We also aspire to make our home a homestay, an open-air wedding venue and a place for a few agriculture projects. We want to make it communal more than anything else.
We welcome anyone to come talk to us to make it a more vibrant community-based project than just a place to live. We may want to give mostly what we get from it although we are not the ultimate owner. My mom will be very much involved with whatever we do with it. She's a scary woman who knows her way in the corporate and agriculture world. She was the 1st batch of Sekolah Tun Fatimah after all (and I think Sekolah Pertanian Malaysia, which became Universiti Pertanian Malaysia before its current name - Universiti Putra Malaysia). The stories she could tell and did.
So, as 2016 beckons, we are dreading it very much on our new journey. Most of our friends would have known about this already. This is not easy for us and of course, with some rezeki, we are going to make it work. Or we will be 'balik bandar, tanam something' with our tails between our legs if we fail. We've tried and failed a few times with different projects because that's where the fun is.
Wish us luck and pray for us. We'll be updating about it and inviting all to come to PUDGi soon enough.

Follow us on Facebook, Twitter and Instagram under the name of PUDGi2015.


June 11, 2015

Rumah ibarat Harta Rampasan Perang


Tahun 2014, iaitu tahun lepas adalah tahun berkenalan dengan beberapa rakan baru di dunia penerbitan buku. Antara yang menjadi kenalan baru adalah Amir Muhamad, yang aku jumpa semasa pelancaran buku kedua aku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Masa tu Azizi Ali telah menjemput seorang VIP untuk melancarkan buku-buku keluaran syarikat penerbitannya, True Wealth Sdn Bhd. Azizi Ali memang telah lama aku kenali sejak 2008 secara peribadi dan bertahun-tahun sebelum itu melalui tulisannya.

Masa tu aku telah terlibat sama dengan pelancaran tersebut di Center Court PWTC di Pesta Buku KL itu kerana buku aku, 40 More Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property in Malaysia baru keluar sebulan dua sebelum tu. Buku kedua ini tidak diterbitkan sebagai buku Bahasa Malaysia fizikal tetapi hanya sebagai eBook. Tajuknya ialah 40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah Kediaman di Malaysia. Link untuk membelinya ialah : LawyerHartanah.com. Mungkin satu hari ia akan dikeluarkan sebagai buku fizikal.


Beberapa bulan kemudian aku mula menulis satu manuskrip untuk Fixi, syarikat penerbitan yang diwujudkan oleh Amir Muhammad untuk menerbitkan cerita-cerita yang bukan cerita cinta di Malaysia. Ini adalah penerangan Amir jika ditemuramah tentang bagaimana ideanya untuk mewujudkan Fixi timbul. Aku sebenarnya merahsiakan manuskrip fiksyen aku daripada Azizi kerana segan untuk memberitahu yang aku menulis buku fiksyen. Ya lah, target market Fixi adalah muda mudi yang boleh dikatakan majoritinya adalah belasan tahun dan awal dua puluhan. Dengan Fixi aku dah terbit dua buku bawah nama Anuar Shah bertajuk Pinjam dan Pentas. Insyaallah aku akan tulis beberapa buku lagi dengan Fixi (dan mungkin tak berhenti pun selagi diorang nak terbitkan)

Aku yang dah nak masuk empat puluh masa tu dan seorang peguam hartanah terasa macam dah patut lupa kan generasi muda. Tapi macam terpanggil pulan nak menulis untuk mereka.

Sejak masa itu aku berkenalan dengan lebih mendalam seorang individu bernama Mutalib Uthman atau Mut atau Luca yang terkenal di blog dan Twitter. Aku tak kenal dia masa dia femes di blog tetapi aku kenal dia bila dia dah dewasa ni.



Jadi setiap kali berjumpa masa awal-awal, dia tanya, aku tak nak tulis buku hartanah untuk golongan muda ke?

Aku terpanggil untuk menulis dan sekarang aku sedang menulis sebuah buku bertajuk 'Harta Rampasan Perang' untuk DuBook Press.

Ini adalah Bab Pertama buku itu yang menerangkan kenapa rumah adalah ibarat harta rampasan perang.

Mungkin final product akan berubah tetapi inilah outlinenya -

1 - Definisi Harta Rampasan Perang

Kata pujangga, rumahku adalah adalah syurgaku.

Rumah adalah tempat kita dilahirkan (untuk sesetengah orang), dibesarkan, diberi makan, belajar berjalan, bermain dengan kawan-kawan, tempat kita pulang semula selepas keluar belajar, selepas keluar mengembara, tempat kita berasmara dana, tempat membela kucing atau anjing, tempat membuang najis, tempat kita jatuh, tempat kita bangun dan secara mudah, rumah adalah tempat kita hidup dan mati.

Rumah adalah lebih berharga kepada sesetengah orang berbanding dengan harta lain. Rumah tidak mudah untuk dilepaskan apabila seseorang mula suka kepadanya. Rumah tidak mudah untuk dipindahkan daripada satu orang kepada seorang yang lain.

Kalau kita pindah rumah kita akan mengupah orang untuk mengangkat barang-barang yang telah kita kumpul sepanjang hidup kita di rumah itu ke rumah yang baru. Begitu berharga rumah dan isi rumah di zaman moden ini, kita akan membeli insurans untuk rumah dan isi rumah.

Jika seseorang tu adalah seorang pengumpul, tidak kira pengumpul lukisan mahal karya Da Vinci atau Van Gogh atau Ibrahim Hussin, atau mengumpul komik edisi pertama Superman atau Raja Rimba, dia akan pastikan sekuriti di rumahnya adalah first class atau jika dia gemar mengumpul isteri dan mempunyai ramai anak-anak yang dianggapnya perlu berharga, dia akan pastikan akan mempunyai rumah yang cukup untuk memuaskan hati semua tanggungannya.

Untuk memahami kenapa rumah ibarat harta rampasan perang, cuba lihat betapa sukarnya untuk memiliki rumah. Cuba lihat barisan yang panjang setiap kali terdapat pelancaran rumah baru bagaimana pembeli rumah sanggup beratur daripada pagi sehingga ke malam untuk mendapatkan rumah yang boleh berharga daripada RM42,000 iaitu harga rumah murah di Malaysia sehingga rumah berjuta-juta ringgit.

Rumah yang dilabel di bawah skim rumah mampu milik atau lebih popular dikenali dengan nama affordable housing dijual oleh syarikat-syarikat penuh milik kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan 1 Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah Persekutuan (Rumah WIP), syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby, SP Setia, I&P dan PKNS dan juga dibina oleh syarikat-syarikat swasta seperti Mah Sing, Matrix Concept dan Tropicana Berhad.

Ada yang melakukan pembinaan rumah mampu milik ini dengan rela kerana ia adalah matlamat syarikat itu dan ada yang melakukannya dengan tidak rela.

Rumah-rumah mampu milik ini adalah hanya sebahagian daripada jenis-jenis rumah yang ada di dunia ini. Ada juga rumah yang berharga lebih mahal daripada rumah mampu milik (rumah mampu milik yang paling mahal adalah RM400,000 – ada yang meletakkannya pada RM500,000).

Rumah banglo tersergam indah di atas bukit, rumah penthouse dua tingkat di tingkat yang paling tinggi dalam sebuah kondominium, rumah agam yang mempunyai kawasan yang sangat luas sehingga ia memerlukan beberapa orang untuk menjaganya dan rumah-rumah teres yang dibina pada masa Lembah Klang masih baru. Rumah-rumah yang disebut ini sudah tentunya berharga lebih daripada RM500,000 Malahan mencapai angka berjuta-juta.

Hanya ada satu perkara yang menghubung rumah-rumah ini, tidak kira rumah yang paling rumah atau rumah yang paling mahal. Setiap rumah ini menjadi idaman setiap orang tidak kira orang itu mampu untuk membelinya atau tidak.

Setiap pelabur hartanah tidak pernah berhenti daripada membeli rumah walaupun dia telah membeli rumah idamannya.

Lihat di setiap barisan yang beratur di seluruh negara, betapa ramai yang beratur itu telah mempunyai rumah yang lain.

Yang beratur akan mendapatkan maklumat apabila ada pelancaran rumah baru dan akan cuba untuk mendapatkan rumah itu dengan pelbagai cara termasuk menggunakan nama orang lain yang layak mendapatnya, meminjam wang yang belum tentu mampu untuk dibayar semula dan merasuah sesiapa saja yang boleh mendapatkan rumah itu.

Ada orang yang menggunakan rumah sebagai alat untuk membuat lebih banyak lagi wang untuk membeli rumah lain, ada yang sanggup mendapat rasuah dalam bentuk rumah, ada yang menggubah wang haram yang banyak dengan membeli rumah dan macam-macam lagi kegunaan rumah.
Rumah direbut, dipusakai, dipindahmilik, dicagar, dipajak, disewa, dikaveat, dilien dan diberi pampasan.

Di dalam sejarah manusia, revolusi seperti yang berlaku berulang kali dalam sejarah dunia, sama ada di Eropah, di Russia, di Jerman, di Amerika Syarikat, sejarah Nazi, semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah warisan dunia seperti di Pulau Pinang dan Melaka, rumah akan diserang, dibakar, dijadikan tempat persembunyian, dijadikan markas, diletupkan, dibina semula, dicantikkan dan semua ini diulang semula apabila negara itu jatuh ke tangan musuh.

Pelbagai cerita di dalam dunia dapat didengar tentang bagaimana harta rampasan perang yang menjadi milik satu pihak berpindah kepada pihak yang lagi satu apabila perang tamat dan pemenang perang itu diumumkan.

Mungkin kita tidak sedar tetapi Perang Dunia Kedua yang telah tamat 70 tahun yang lepas telah menyebabkan beberapa Tanah Melayu, yang kita anggap sebagai milik mutlak kita telah berpindah tangan kepada beberapa pihak lain. Walaupun Perang Dunia Kedua melibatkan pihak luar antaranya Amerika Syarikat, British, Jepun dan Jerman.

Ramai lupa tentang negara-negara sampingan yang terlibat kerana cerita propaganda yang banyak tersiar adalah samada perang antara Amerika Syarikat dengan Jerman; Amerika Syarikat dengan Jepun; British dengan Jerman; dan British dengan Jepun; atau gabungan antara dua menentang satu atau dua yang lain.

Apa yang menyebabkan perang dunia yang sudah lama berlaku ini tetapi masih dapat dilihat di dalam filem di seluruh dunia samada melalui filem-filem lama dan baru ini segar dalam ingatan adalah asalnya Perang Dunia Kedua (dan Pertama) adalah mengani tanah atau harta. Satu negara ingin memiliki tanah dan harta negara lain. Itu adalah punca asal kedua-dua perang tetapi ia menjadi tidak penting kerana apabila semakin banyak jumlah korban manusia, memulakan perang kerana tanah menjadi tidak penting.

Untuk memberi perspektif yang lebih mudah, mungkin kita boleh lihat bagaimana Singapura telah berjaya mendapatkan Pulau Batu Putih atau nama Portugisnya, Pedra Branca, di pesisir pantai Johor.

Untuk sebuah negara seperti Singapura yang kecil, yang wujud sebagai sebuah pulau di hujung negara kita, mereka cukup menghargai tanah yang mereka miliki termasuk Pulau Batu Putih yang mereka telah menangi di Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Singapura sentiasa mengawal Pulau Batu Putih itu pada setiap masa dengan bot pengawal pantai pereka seperti pada bila-bila masa Malaysia akan melanggar penghakiman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Antarabangsa itu.

Untuk memberi perspektif personal kepada pemilik-pemilik rumah, pernah kah anda lihat kes-kes yang terpampang di dada akhbar tentang bagaimana dua jiran boleh bertelagah kerana satu jiran membuat ubahsuai rumah sehingga ada bahagian yang terjulur ke rumah jirannya.

Kes yang mungkin boleh dijadikan contoh terbaik adalah kes yang berlaku kepada seorang ustazah terkenal, yang kini adalah seorang senator, di mana dia telah disaman oleh jirannya kerana merosakkan rumput dan tembok rumah jirannya semasa membina binaan rumahnya sehingga memakan ruang kediaman jirannya.

Jirannya mendakwa, pembinaan yang dilakukan di rumah ustazah itu telah menyebabkan rumput mutiara dan tembok di rumahnya rosak.
Maka berperang lah dua jiran tersebut.

Jiran ustazah itu menuntut gantirugi di mahkamah dalam kes pada tahun 2002 ini tetapi akhirnya pada tahun 2006, kes ini berjaya diselesaikan di luar mahkamah. Alhamdulillah selesai.

Contoh-contoh di atas di mana manusia berebut tanah atas dasar kenegaraan, ideologi dan keempunyaan, jelas menunjukkan yang rumah dan tanah sering menjadi rebutan.


Apabila ia diperolehi dan dimiliki oleh seseorang maka ia ibarat harta rampasan perang.

May 19, 2015

TV Al-Hijrah - Temuramah Sekmen Hartanah 20.5.2015


Saya akan muncul di segmen Assalamualaikum TV Al-Hijrah pada Rabu, 20.5.2015 di dalam segmen hartanah untuk berkongsi ilmu tentang masalah dan penyelesaian isu-isu yang timbul apabila menyewakan rumah kepada penyewa.

Berikut adalah soalan-soalan yang ditimbulkan oleh penerbit untuk saya terangkan dalam segmen hartanah tersebut (saya salin secara verbatim) :

FOKUS/SIPNOSIS:

Kekecewaan adalah perkataan yang paling tepat untuk digambarkan kepada pemilik rumah yang memberi sewa kepada penyewa yang suka hati mengubah suai rumah dan tidak menjelaskan bayaran sewa tepat pada masanya. Inilah lumrah yang terpaksa dihadapi pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka kepada orang lain. Perjanjian awal di antara pemilik dan penyewa sudah  tentu pelbagai kata-kata manis diberikan.


SOALAN :

1. Sebagai penyewa, apa yang perlu anda lakukan apabila menyewa rumah?
2. Apakah yang dibolehkan dan tidak dibolehkan sebagai penyewa untuk melakukan pengubahsuaian rumah?
3. Mengikut Perjanjian sewa rumah, apakah tindakan tuan rumah sekiranya mereka gagal patuhi?
4. Penyewa sukahati ubah meter.
5. Selain itu, sewa bulanan dilambatkan namun masih mampu untuk mengubahsuai rumah tersebut.
6. Kata-kata akhir pesanan kepada penyewa dan tuan rumah.

Saya akan jawap soalan-soalan yang ditanya dalam rancangan Assalamualaikum esok pagi. Rancangan ini berlangsung di antara pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi setiap Isnin sehingga Ahad secara live daripada Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

April 21, 2015

London Book Fair 2015


After the Tokyo Book Fair 2014 (which I still haven't blogged about) and the New Delhi Book Fair 2015, last week, between 14 to 16 of April 2015, I managed to attend the London Book Fair 2015. Unlike the Tokyo Book Fair 2014 and the New Delhi Book Fair 2015, I properly attend the three-day event as I was given the task by the owner of Fixi, Amir Muhammad, to help him to bring Malaysian publishers to the London Book Fair in 2016. We are determine to do it without government help as we think the London Book Fair can be a springboard to a lot of Malaysian publishers to break new territory.




It was one year, in 2014, after Fixi won the Bookseller International Adult Trade Publisher Award at the International Book Industry Excellence Awards. Here is the Star newspaper coverage about Fixi win last year. It was a proud moment for Fixi and I had just joined Fixi. I now can claim to be one of Fixi's stable of writers with 2 short stories being accepted in their anthologies (Lost in Putrajaya and MF2014) and 2 Malay novels : Pinjam and Pentas. Here's my Goodreads link.






At the London Book Fair, where the business of books were conducted by business people, there were so many writers abound looking for opportunity. As you have to pay to get a badge, at GBP35, you know all that attended the London Book Fair were serious people. Unlike the other book fairs I attended, I planned to do so as well. I attended nearly most of the interesting forum, book launches, author's talk, technology briefing and pavilion's launches. Singapore have a pavilion which Amir said was getting bigger and bigger. Indonesia on account of being the guest country in October 2015's Frankfurt Book Fair 2015 (the biggest book fair in the world) had quite a big pavilion too.







Mexico was the Market Focus country for London Book Fair 2015 and had a huge pavilion. I managed to catch Elena Poniatowska, a famous Mexican writer; Chris Evans before he opened up the Club room, a frank discussion among translators from various countries about the fees they are getting paid for doing translations, a discussion by those who are bringing the Susanna Clarke's book : Jonathan Strange and Mr. Norrell  to television, a talk by Conchita Wurst and a few other talks which I managed to hear bits and pieces of. Some of these writers I only heard of for the first time although they looked adored by a few people.






Outside of London Book Fair, I managed to get into Amir Muhammad's good grace to be brought to meet the people from the Big Bad Wolf, a few od Indonesian filmmakers and we even had dinner with writers Tash Aw, Zen Cho and Lina Tan (a television producer). From Malaysia there were Ling Lung and his wife from Lejen Press with Syafiq, the writer for Ajaib and Awan and Fixi had Ariff Adly, the writer for Kacau and Gelap.






Needless to say, the sight, the sound and the experience at the London Book Fair 2015 left me wanting more and I hope I will be back next year.







Oh, Amir Muhammad and I did went to the British Library a day after the London Book Fair where we managed to sight the original manuscripts of Hikayat Raja Babi (will be published by Fixi at the Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015) and the Magna Carta.

March 23, 2015

Pinjam adalah Bestseller 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2015



Dengan nama pena 'Anuar Shah', saya telah menulis dua buku. 

Buku pertama saya, Pinjam telah diterbitkan pada 2014 di Kuala Lumpur Alternative BookFest. Kali pertama saya memegang buku Pinjam adalah ketika saya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Saya hanya memegangnya tetapi tidak memiliki satu pun buku Pinjam itu sehingga seminggu kemudia di KL Alternatif BookFest 2014, yang kali terakhir diadakan di Annexe Gallery di belakang Pasar Seni Kuala Lumpur.

Pegang je, tak boleh nak belek pun sebab penjualnya adalah MPH, bukan Fixi
Tahun 2015, semasa saya sibuk hendak melancakan buku kedua saya dengan Fixi, Pentas, tiba-tiba saya mendapat WhatsApp daripada rakan satu sekolah saya, saudara Zaid, yang tinggal di Putrajaya. Dia telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya beberapa lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan untuk saya pergi ke sana. Dia menghantar WhatsApp yang menunjukkan Pinjam adalah Bestseller 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya itu.


Gambar-gambar WhatsApp daripada rakan saya, Zaid
Saya menjadi tidak sabar untuk Sabtu, 21hb sampai. Semua yang bakal berlaku pada 21hb Mac 2015 itu telah saya cerita di blogpost ini.

21hb Mac itu, saya telah dijemput sebagai salah seorang daripada penulis-penulis True Wealth, penerbit buku siri Ask the Lawyer saya untuk memberi sedikit seminar percuma terutama yang berkaitan dengan buku-buku saya. 

Saya menjadi lebih teruja untuk ke sana kerana saya ingin melihat sendiri buku saya sebagai Bestseller 2014. Ia menjadi cukup nostalgia kerana itu lah tempat pertama saya melihat buku Pinjam itu sendiri.


Saya menjadi lebih bangga dan berterima kasih kerana staff MPH yang ada mengenali saya dan meminta mengambil gambar dengan saya. Seorang kedengaran berkata "Aku dah cakap, kat Pesta Buku ni kita dapat jumpa ramai orang terkenal."

Dengan pekerja-pekerja MPH pagi itu
Dalam hati sendiri menyebut "Wah, penulis Fixi dianggap sebagai orang terkenal."



Selepas saya habis memberi seminar pendek itu, terjumpa dua rakan se-universiti saya yang berkahwin sesama mereka dengan anak  mereka yang sudah boleh dikatakan 'anak dara'. Saya sudah lama tidak berjumpa mereka. Sempat mengambil gambar dan kemudian di dalam group WhatsApp kami rakan saya berkata anaknya telah mengedarkan gambarnya dengan penulis Pinjam kepada kawan-kawannya (walaupun masa berjumpa tak minat untuk saya menandatangani buku Pinjam yang ibu bapanya tawarkan untuk beli untuknya).


Memang cukup bersyukur dan gembira dengan pencapaian novel sulung saya, Pinjam, itu.

p/s : Jika minat nak baca Pinjam boleh beli di website Fixi ini dan jika mahu mengikut perkembangan novel Pinjam dan novel-novel indie oleh Fixi, boleh ikut di sini

March 20, 2015

Kuala Lumpur Alternative BookFest 2015


It is happening tomorrow and Sunday, 21st and 22nd of March 2015 at Dataran Underground (below Dataran Merdeka).

I always have a sentimental attachment to Kuala Lumpur Alternative BookFest. My first novel, Pinjam, was launched there last year and of course, it was the first place it was sold. I have always visited it before I was involved in any direct way with it. Kuala Lumpur Alternative BookFest is always held together with Art for Grabs, which is a flea market for artworks and small time vendor.

Here is a video of the launch of Pinjam last year where Amir Muhammad, the owner of Fixi interviewed me.


It was always been held at the Central Market Annexe Gallery which made it even more nostalgic for me as Central Market was the place I lepak when I was in high school. Not that I was schooling anywhere near Central Market or Kuala Lumpur for that matter (My boarding school was in Labu, Negeri Sembilan), but it was where we, non KL-ites followed our brethen from KL when we alighted from the Seremban-Kuala Lumpur Ekspress. Yes, Central Market was the place I remember well.

Annexe Gallery, a building behind Central Market was one of the first cineplex in Kuala Lumpur. This was before cineplexes are a norm like nowadays. We were quite jakun seeing a cinema with multiple screen. I was from the generation where we went to one cinema to see one movie. The joke among my younger friends is I am so old I watched Superman (with Christopher Reeves) and Star Wars in cinema. Even when I said I watched the first Die Hard in cinema they had a laughing fit.


Anyway, this year, my second book will be out (it is sold as eBook since Friday the13th of March - I asked specifically for that date) and the printed version will be sold today, Friday, 20th March 2015). For the eBook, it can be bought here :


The printed version can be bought at most major bookstores within a week and can be ordered at Fixi's website. And of course, at the Kuala Lumpur Alternative BookFest 2015.


Pentas is about magic and 'real' magic. It is based on some story found in the Quran and how the magicians were judged when an incident happened on stage while they were performing. It refers to so many well-known magician including Houdini, David Copperfield and even the street magicians who are quite popular today. It has a bit of courtroom drama at the end and in true Fixi's books form, it has a twist.


This time around, Kuala Lumpur Alternative BookFest will be held at a new venue. It will be at Dataran Underground which is an event space under Dataran Merdeka, the place facing an iconic building no one shouldn't know if you are Malaysian or if you ever been to Malaysia. It has a nostalgic connection to me too, but enough of that. This place will be featured in my next novel, Persona, which I need to finish writing first.


Come over to Kuala Lumpur Alternative Book Fair and here are some links for you to check out in order for you to get an idea what it is all about.

Kuala Lumpur Alternative BookFest 2015 reviewed in the Star and Poskod.my. Both listed full schedule of the BookFest.

Here are some other events you can find at KL Alternative BookFest 2015. Fellow alumnus of my high school, Nasron Yassin is launching his Karya Agong, released by Dubook Press, at 3.30pm the same day.


Here's another event by Fixi much earlier at 12 noon (quite interesting but I can't be there as I am in Putrajaya Book Fair)

Check out their Facebook event page here
Custom Search