So, aku nak mulakan menulis buku untuk Dubook Press ni menggunakan blog ini. Mungkin taktik aku ni akan mengurangkan ke'laku'an buku tu nanti tapi aku rasa masih ada market. Kalau blog post aku yang aku nak gunakan sebagai manuskrip ni ramai yang baca, aku rasa aku boleh jual buku tu. Kalau tak ramai, Dubook masih nak publish, aku ok je.
Apa yang diorang mintak aku tulis adalah tentang pembelian rumah oleh remaja. Macam a ke cakap tadi, aku rasa buku 40 Soalan Yang Patut Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia tu dah cover mostly everything yang patut orang pertama kali beli rumah tahu.
Mungkin ada market untuk pembeli belia kut? Aku ingat nak tulis tentang benda yang lebih basic. Contohnya bagaimana nak kumpul deposit 10%. Trick-trick macamana nak mark-up. Tentang bagaimana nak mintak lawyer tolong buat SPA yang bagus. Benda-benda macam tu.
Nanti korang komen lah kalau nak tau lagi. Boleh aku baiki manuskrip aku sebelum publish.
Kala korang tak tau kenapa aku sekarang nak jadi 'indie' sikit kerana aku dah ada buku terbitan Fixi. Nama buku : PINJAM. Nama pena : Anuar Shah. Kenapa Anuar Shah? Nama penuh aku Khairul Anuar. Shah tu sebahagian nama bapak aku.
Make, entri selepas ini akan jadi entri buku aku yang belum ada title. Mungkin title dia 'Senangnya Beli Rumah' atau 'Baiti'. Tengoklah camne.