(I have stopped writing this fictionalised event of my life for quite a while and thought of turning it into a full novel as I already have publishers interested in it but then, I am still using this blos as my drawing board, so here goes... You can check the earlier episodes under the same headings)
Di Dubai, aku terpaksa berpindah dari satu hotel ke satu hotel selepas menumpang YB untuk satu malam. Pada malam pertama usahawan lampin itu tiba, kami dapat satu bilik di hotel itu. Bukan sahaja bilik biasa tetapi bilik suite yang mewah tetapi hanya mempunyai satu katil. Dua hari aku terpaksa berkongsi katil dengan orang-orang dewasa yang sudah lama tidak berkongsi katil kecuali dengan isteri (atau isteri-isteri mereka dalam kes usahawan lampin itu). Nasib baik orientasi seksual aku tidak ke arah sejenis yang sejak tahun 1999 menjadi jenaka rakyat Malaysia.
Tetapi hari berikutnya kami hanya berjaya memperolehi satu bilik dua katil di sebuah hotel di luar bandar Dubai. Ia hanyalah 3 bintang tetapi cukup sebagai tempat tidur kerana kami telah merancang untuk menghabiskan masa kami di Dubai dengan rombongan kerajaan negeri itu. Pagi-pagi lagi kami telah berada di hotel rombongan kerajaan negeri itu. Kami telah memberitahu awal-awal agen pelancongan yang mengendalikan logistik rombongan kerajaan negeri itu yang kami ingin mengikut mereka di dalam bas rombongan mereka. Agen itu walaupun dikatakan adalah sepupu kepada isteri Big Boss, adalah seorang yang baik dan hanya mensyaratkan jika tiada tempat di atas bas kami terpaksa mencari kenderaan pulang kami sendiri. Kami bernasib baik kerana setiap hari kami di sana kami mendapat tempat di atas bas itu.
Selain dari beberapa sesi pemadanan bisnes dengan usahawan di Dubai, kami banyak menemani YB ke pusat membeli belah yang bersepah-sepah di Dubai. Dia membeli jam tangan, suit, pelbagai hadiah untuk isterinya dan yang paling jauh kami keluar bertiga adalah ke Hard Rock Cafe Dubai kerana YB ingin membeli pelbagai baju kemeja HRC sebagai buahtangan untuk anak-anaknya. Hampir setiap jenis dan saiz diborong oleh YB.
Ramai yang dapat aku berkenalan dalam rombongan ini termasuklah YB yang kemudiannya terlibat dalam kontroversi kerana mempunyai sebuah banglo besar di bandar di raja negeri itu. Mendengar ceritanya tentang apa yang dilakukan sepanjang rombongan itu berada di Dubai, seperti ia adalah percutian rasmi kerajaan negeri itu dan bukan rombongan mencari bisnes. Mungkin ini dimaksudkan dengan kelebihan yang diperolehi apabila seseorang menjadi YB. Inilah juga agaknya yang menyebabkan rakyat akhirnya menyampah dan ia dilihatkan dengan undi yang diperolehi oleh parti politik YB pada pilihanraya yang mengubah segalanya.
Showing posts with label Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia). Show all posts

December 26, 2008
December 2, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 16
Hari aku tiba, boss YB masih belum tiba. Oleh kerana tiada program diaturkan, aku dan YB bersama dengan seorang kawannya, seorang usahawan balak pergi berjalan-jalan di merata Dubai bersiar-siar dan membeli belah. Mereka membeli-belah. Aku hanya mengikut saja tanpa apa-apa niat untuk berbelanja. Walaupun masa itu adalah Festival Membeli Belah Dubai.
Kami dibawa berjalan-jalan oleh rakan YB itu ke pelbagai tempat yang dia biasa pergi di Dubai. YB pula sibuk ingin ke satu kedai menjual kain yang pernah dikunjunginya 5 tahun sebelum itu dan di mana gambarnya diambil dan dipamerkan di dada satu akhbar sehingga kemudian menimbulkan kontroversi kerana dikatakan rombongan kerajaan negeri itu pergi membeli belah dan bukannya mempromosikan negeri itu. YB beruntung kerana di dalam gambar yang dipamerkan itu, bossnya, pada masa itu, berada di hadapannya dan dia hanya sedang berdiri melihat bossnya itu meneliti kain yang ingin dibelikan.
Di dalam teksi yang kami naiki, YB menceritakan yang kedai kain itu terkenal kerana kedai itu membekalkan kain pada harga yang murah kepada pramugara dan pramugari MAS yang seterusnya menjualkan kain-kain itu kepada rakan-rakan dan keluarga di Malaysia. Itulah sebabnya pemilik kedai itu sehingga pandai bercakap bahasa Melayu sikit-sikit. Setibanya kami di sana, kami bertemu dengan dua tiga orang YB lain yang sedang meneliti pelbagai kain yang ingin mereka beli. Ada yang datang dengan kawan-kawan dan ada yang datang dengan isteri. Ada yang sedang menelefon isteri (teman wanita?) di Malaysia bertanya tentang ela yang sesuai untuk dibeli dan ada yang membeli pakaian siap. YB pula sebaik kami masuk ke dalam kedai itu terus menunjukkan gambar yang diceritakan tadi yang telah dibingkai dan dinaikkan di dinding kedai itu.
Aku pada awalnya tiada niat untuk membeli kerana aku baru berkahwin 5 bulan sebelum itu dan masih mempunyai banyak kain yang dihadiahkan oleh kawan-kawan aku. Baju bertunang aku pun baru hanya sekali aku pakai. Bila YB nampak aku duduk tanpa niat membeli, dia terus menyuruh aku memilih kerana dia nak belanja. Aku apa lagi. Aku beli untuk aku dan isteri ku kain cukup untuk 2 pasang seorang.
Festival Membeli Belah itu juga menyebabkan semua hotel di Dubai penuh. Aku yang tidak ditempah hotel oleh orang yang men'sponsor' aku berkemungkinan terpaksa menumpang semula rumah bakal ibu mertua rakankongsi ku yang cerewet itu. Aku tidak sanggup untuk meminta dari orang yang susah hendak memberi. Aku membuat keputusan untuk bertanya YB tentang masalah ku.
Sebelum sempat aku bertanya, ada seorang pegawai yang agak tinggi jawatannya dalam kerajaan negeri telah memberi satu nasihat yang membuat aku terkedu. "Kita mesti hargai dapat duduk makan dan berborak dengan orang macam YB ni. Bukan senang dia nak luangkan masa dengan kita. Jangan lepaskan peluang dapat berinteraksi dengan dia dalam rombongan macam ni". Itu semasa makan tengahari. Aku yang tidak ada tempat nak tidur bertanyakan hal aku kepada YB di depan pegawai itu.
"YB, saya ada masalah sikit ni takde tempat tidur. Boleh tumpang bilik?", tanya aku.
"Menyusahkan betullah budak ni... Kau tidur tak berdengkurkan? Kalau kau berdengkur, aku suruh kau tidur luar...", jawab YB sambil ketawa.
Selesai masalah tempat tidur aku dan merah padam muka pegawai itu kerana dia lihat aku akrab dengan YB lebih dari yang dijangkakan...

November 24, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 15
Kami ke Dubai kerana menyertai rombongan kerajaan negeri untuk mempromosi negeri tersebut dan cuba mencari pelbagai peluang perniagaan di sana untuk usahawan negeri tersebut. Pertemuan pemadanan bisnes (business matching) dengan peniaga di sana dan makan malam rasmi dianjurkan bersama konsul Malaysia di Dubai, diadakan sepanjang lawatan 5 hari tersebut. Itu adalah aturcara yang rasmi. Aturcara tak rasmi termasuk ber'shopping' sakan serta melawat pelbagai tempat peranginan di Dubai dan sekitarnya.
Nak dijadikan cerita, ketika aku di sana, rakankongsi aku pun berada di sana juga tetapi bukan kerana urusan rasmi. Rakankongsi aku itu akan berkahwin di penghujung tahun 2004 itu dan bakal ibu mertuanya bermastautin di Dubai setelah berkahwin dengan seorang Mat Salleh dari England yang bekerja di sana. Dia telah pergi ke sana satu minggu sebelum itu lagi dan aku pula telah meminta dia datang mengambil aku di lapangan terbang Dubai setibanya aku di sana. Kenapa aku tak ikut sekali rombongan rasmi yang YB dan bossnya ada sekali? Semuanya aku ucapkan terima kasih kepada usahawan lampin aku itu, yang sepatutnya membawa aku ke sana.
Dia telah meminta aku pergi ke Dubai dengannya tetapi dia minta aku beli tiket aku sendiri, tidak mengikut rombongan rasmi itu dan jangan membeli tiket kapalterbang dahulu untuk balik ke Malaysia. Aku terbang ke Dubai menaiki MAS sehari selepas rombongan rasmi tiba di sana dan dia akan tiba 2 hari selepas rombongan itu berada di Dubai. Aku, yang selalunya dilayan oleh usahawan-usahawan berbangsa Cina, yang akan menempah kapalterbang dan hotel serta memberi wang belanja kepada ku awal-awal lagi, pada mulanya meminta kepada YB supaya aku tidak perlu ikut untuk rombongan kali itu tetapi YB berkeras agar aku memastikan yang aku akan berada di sana. Aku akur tetapi menunjukkan yang aku tidak puas hati terpaksa dilayan macam aku meminta sedekah. YB seperti biasa menyalahkan aku kerana tak pandai meminta apa yang patut dan bertanya aku semula samada usahawan lampin itu, "Miskin sangat ke?". Aku yang sudah biasa dengan perangai YB pada masa itu, bertanya dia semula, "Takkan bini tiga takde duit?". Kami tersenyum dan terus membuat perbandingan antara usahawan Melayu dan Cina.
Sebenarnya tiada beza jika dilihat betul-betul. Semua akan sanggup berbelanja jika mereka dijamin akan mendapat pulangan, hasil dari apa yang dibelanjakan. Ada yang sanggup berbelanja di padang golf. Ada yang sanggup berbelanja di spa atau karaoke. Ada yang sanggup memberikan pelbagai hadiah yang tidak diminta ataupun diminta secara 'tidak langsung'. Ada yang sanggup 'membekalkan' apa sahaja yang dipinta termasuklah perempuan atau lelaki (bergantung kepada jantina si penerima). Yang pandai dan berpengalaman akan memberi tunai yang boleh digunakan untuk apa sahaja.
Antara usahawan lampin itu dengan YB aku sebenarnya tidak tahu apa yang diberi olehnya atau apa diterima oleh YB. Yang aku tahu, apabila YB memerlukan aku ada bersama dengannya untuk apa-apa rombongan rasmi atau tidak rasmi, sesiapa yang pada masa itu ingin merapati YB akan terpaksa menanggung tambang dan perbelanjaan aku. Aku pula mudah saja, aku takkan meminta dibawa bersama tetapi tidak akan membelanjakan duit aku sendiri sekiranya aku diperlukan untuk berada di mana YB akan berada. Ini mungkin menunjukkan sifat aku sebagai seorang peguam yang hanya akan mengangkat tangan sekiranya dibayar.
Malam pertama aku di Dubai, aku tidur di ruang tamu rumah yang disewa oleh bakal ibu mertua rakankongsi aku dan pukul 10 pagi aku dihantar ke hotel dimana rombongan rasmi itu menginap. Setiba di sana aku dan rakankongsiku, S, pergi berjumpa dengan YB yang sedang bersarapan dengan ahli-ahli exco kerajaan negeri yang lain. Mereka nampak relaks sikit sebab bos mereka hanya akan tiba pada keesokan harinya. Dia terkejut melihat kami berdua dan bertanyakan tentang usahawan lampin itu. Aku bercerita kepadanya tentang mengapa S ada sekali dan macamana usahawan lampin itu hanya akan tiba di keesokan harinya. Aku bertanyakan YB samada ada tempat untuk aku mengikut rombongan itu pada hari itu dan dia memberitahu yang pada hari itu mereka tidak mempunyai apa-apa jadual tetap. Mereka hanya akan pergi bersiar-siar dan membeli belah.
Kami bertemu dengan seorang rakan YB yang pernah diperkenalkan YB satu masa dahulu dan minum pagi bersamanya. Dia seorang usahawan balak di utara negeri YB dan dia pun mempunyai strategi yang sama dengan usahawan lampin itu. Dia tinggal di hotel lain dan hanya mengikuti program yang dia rasa akan memberi faedah kepadanya. Jika dia terpaksa mengikut rombongan itu ke tempat lain, dia akan mengikut dengan kereta yang disewanya.
Agaknya memang begitu caranya untuk sesetengah orang. Bukannya mereka tidak mampu tetapi caj yang dikenakan oleh pengendali rombongan rasmi kerajaan negeri atau kerajaan Malaysia, menjadikan hanya sesetengah orang sahaja yang mampu atau ingin membelanja sebanyak itu. Pengendali perjalanan ini pula memberi alasan yang mereka terpaksa mengeluarkan wang mereka sendiri dahulu sebelum dibayar dengan waran kerajaan, yang hanya mereka terima setelah 2 atau 3 bulan selepas rombongan itu tamat. Yang terpaksa keluar duit seperti usahawan-usahawan inilah yang digunakan sebagai modal pusingan mereka. Macamana mereka nak hidup jika hanya mengharapkan waran yang lambat dibayar itu.
Lumrah manusia, jika boleh dapat duit cara mudah, kenapa nak susahkan diri sendiri. Itulah yang diamalkan oleh pemandu pelancong itu. Aku bukan kisah sangat. Bukan aku yang keluar duit...

November 19, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 14
Pada pilihanraya 2004, aku telah diminta oleh YB untuk hadir ke rumahnya apabila Parlimen dibubarkan. Aku yang baru bertukar kereta dari sebuah Proton Iswara kepada Proton Waja telah bergegas ke rumahnya yang telah lama tidak aku kunjungi kerana pada tahun itu aku banyak ke luar negeri dengan YB. Pilihanraya telah ditetapkan pada awal Mac dan aku telah ke Dubai dengan YB pada pertengahan Februari. Shopping sakan. Dubai Shopping Festival lah katakan.
Yang paling aku ingat masa pegi Dubai tu, aku telah di'sponsor' oleh seorang usahawan yang mempunyai kilang lampin di Kelang. Dia usahawan yang menjalankan sistem 'payung' di mana dia membekalkan lampin bayi ke kedai-kedai yang membayarnya secara consignment di mana bayaran hanya dibuat selepas lampin dijual. Melalui sistem ini, dia memberi harga yang lebih murah dari harga di pasaran dan dia mempunyai sebab tersendiri untuk mendekati YB. YB pun ada sebabnya kenapa dia berminat melayan usahawan lampin ini.
Usahawan lampin ini telah berjumpa dengan YB kerana dua tujuan. Yang pertama adalah untuk mencadangkan kepada YB membuka bisnes menjual lampin dan mempromosi jenama-jenama lampin-lampin yang dikilang olehnya secara pengilangan kontrak (contract manufacturing) dengan pelbagai syarikat ternama. Tujuannya yang kedua adalah untuk mendapatkan apa-apa bantuan kewangan dari pelbagai tabung yang dipegang YB dibawah portfolionya sebagai Exco yang terlibat dalam membantu usahawan.
YB pulak memang gemar melayan usahawan-usahawan yang telah berjaya dan sanggup berkongsi pengalaman dengannya. YB satu ketika dahulu pernah berniaga sebagai pembekal barang kepada pejabat-pejabat kerajaan dan perniagaannya amat berjaya tetapi terpaksa ditutup kerana dia akan dilantik sebagai seorang exco oleh bossnya pada masa itu. Dia menutup kedainya yang telah dibina selama 10 tahun dari zaman bujangnya tanpa banyak soal kerana mementingkan karier politiknya. Ketidakpercayaannya kepada sesiapa menyebabkan dia tidak terfikir untuk terus memajukan kedai itu melalui cara proksi. Cuma setelah berjumpa dengan aku dia semakin pandai mempunyai perniagaan tanpa nampak namanya sebagai tuanpunya.
Usahawan lampin ini diminta memajukan satu kedai baru di kawasan YB di kedai kepunyaan YB dan menjadi mentor untuk salah satu program yang dijalankan oleh anak syarikat kerajaan negeri untuk usahawan-usahawan yang baru bertapak. YB juga meminta dia membuat program untuk ibu-ibu tunggal di kawasan YB supaya dapat diserap menjadi usahawan yang akan dididik oleh usahawan tersebut.
Cuma secara berseloroh YB mengingatkan dia agar tidak menambah isteri lagi yang pada masa itu sudah mencapai angka tiga. Kesemua isterinya bekerja dengannya sebagai akauntan, ketua pemasaran dan ketua pegawai operasi. Sudah tentu dia melantik yang paling tua sebagai jawatan terpenting sebagai ketua pegawai operasi untuk memastikan yang lain akan mengikut cakapnya. Pada masa itu, anaknya yang paling sulung dari isterinya yang paling tua telah berumur 15 tahun dan jumlah keseluruhan anak-anaknya telah mencapai 15 orang dari tiga isterinya itu.
Lawatan ke Dubai yang aku ikut itu bukan hanya untuk berbelanja di Pesta Berbelanja Dubai sahaja. Boss YB telah memaksanya mengikut rombongan belajar ke Dubai itu untuk melihat peluang perniagaan di sana. Hampir setiap hari ada sesi 'business matching'. Di akhir lawatan itu diadakan pula satu makan malam besar-besaran dianjurkan oleh kerajaan Malaysia untuk rombongan itu dan akan dihadiri oleh ramai pemastautin Malaysia di Dubai.
Usahawan lampin itu telah bersetuju untuk menaja aku dan meminta aku mewakili syarikatnya di pelbagai mesyuarat yang perlu dihadiri oleh setiap peserta rombongan itu. Melalui penerangan pertama yang aku hadiri, yang sebenarnya satu-satunya penerangan yang diadakan di Malaysia, aku mendapat tahu bahawa setiap peserta perlu berdaftar dahulu dengan MITI dan MIDA sebelum dapat menyertai rombongan itu. Terdapat bayaran yang perlu dibayar untuk mendapat hak istimewa mengikuti semua program.
Tiket penerbangan, pengangkutan yang disediakan di sana dan tempat tinggal dikendalikan oleh seorang pemandu pelancong yang mempunyai hubungan dengan isteri 'boss'. Aku diberitahu oleh kawan aku yang juga pemandu pelancong, harga bagi pakej yang disediakan oleh pemandu pelancong 'tetap' boss itu kebiasaannya tiga kali ganda lebih mahal kerana dia dibayar secara waran oleh kerajaan negeri. Yang menjadi perbalahan dengan orang-orang yang bukan pegawai kerajaan negeri atau ahli parti politik adalah kenapa mereka yang membayar tunai terpaksa membayar harga yang mahal. Dia biasanya membenarkan peniaga-peniaga ini membuat urusan pelancongan mereka sendiri dan membenarkan mereka menaiki bas yang disediakan oleh syarikatnya walaupun mereka tidak membayar apa-apa kepadanya. Walaupun aku menyampah dengan cara dia mendapat bisnes apabila aku mengenalinya di Dubai dan di pelbagai rombongan lain, dia seorang yang ok.
Di Dubai, aku rasa nak tergelak mengenangkan macamana usahawan lampin ini membuat aku terkejar-kejar dari satu hotel ke satu hotel yang lain dan hampir menyebabkan aku tertinggal kapalterbang balik ke Malaysia. Mungkin aku ceritakan di entri yang lain...

November 14, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 13
Tahun kami mengenali YB adalah tahun selepas parti politik YB menghadapi cabaran yang paling mencabar dalam sejarah parti politik itu sejak dipimpin oleh Presiden yang sama sejak 1980-an. Tahun 1999, terjadi pemecatan Timbalan Presiden parti politik YB yang amat popular. Ia menyebabkan terjadi pelbagai tunjuk perasaan dan populariti parti politik yang dianggotai YB merundum jatuh.
YB sendiri dikatakan hampir diragui kesetiaannya oleh Presiden parti politiknya kerana YB memang rapat dengan Timbalan Presiden itu. Malahan nama salah seorang anak YB adalah nama Timbalan Presiden itu. Dia pernah bertanding Ketua Pemuda parti politiknya atas desakan Timbalan Presiden itu. Di saat terakhir, dia menarik diri atas nasihat rakan-rakannya yang lain.
Hanya kerana dari pertandingan yang tidak berlangsung itu, YB sebenarnya boleh bersara sebagai seorang jutawan. Malahan lebih lagi. Banyak penajanya yang membiarkan dia terus memegang semua wang yang telah mereka sumbangkan kerana dia masih diberi kepercayaan untuk menganggotai exco kerajaan negeri di mana dia menjadi ahli dewan undangan negeri. YB masih muda masa itu dan dia adalah exco Pemuda parti politiknya yang paling cerah bintangnya.
Ketika aku mengenali YB, zaman Pemudanya telah lama berlalu tetapi dia tetap berhubung dengan barisan exco Pemuda parti politiknya yang dulu. Dari sini dia mengatur karier politiknya. Ada yang membantu dia dari segi kewangan dan ada yang membantunya untuk memastikan dia sentiasa mempunyai jawatan di peringkat negeri samada di peringkat parti politiknya atau di peringkat kerajaan negeri.
Sebagai exco, pada masa aku mula mengenalinya, dia memegang portfolio sebagai exco yang menjaga belia dan pembangunan usahawan. Di sini dia meminta kami membantunya untuk menggunakan kuasanya dalam memajukan industri kerepek di kawasannya. Ia nampak mudah dan tidak mungkin gagal. Dia boleh memperkenalkan apa-apa syarikat yang kami gunakan kepada pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan pada masa itu. Pintu pelbagai bantuan kewangan dianggap telah separuh terbuka. Pengusaha-pengusaha yang mempunyai produk yang menarik dan sedap ada senarainya di ofisnya. Yang perlu dilakukan adalah untuk aku siapkan satu program yang mampu mengeksploitasi semua kemudahan-kemudahan ini.
Sebagai peguam yang hanya keluar universiti dua tahun sebelum itu, aku bukanlah banyak pengalaman sangat. Rakankongsi ku, S, pun lebih menumpukan kepada melakukan kerja-kerja guaman conveyancing yang berlainan dari apa yang YB ingin kami lakukan. S meminta aku menjadi peguam yang bertanggungjawab untuk menguruskan syarikat yang diinginkan YB tersebut. YB juga ada meminta seorang dari kawasannya aku gunakan sebagai yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja harian di syarikat itu. Dia adalah seorang guru silat di kawasan YB yang juga anggota parti politik YB. Dia memang tidak bekerja sepenuh masa di mana-mana tempat dan sentiasa bertanya kepada YB jika ada apa-apa yang boleh menjana sedikit wang untuknya. Oleh kerana dia adalah salah seorang ketua cawangan di kawasan YB, YB perlu memberi sesuatu untuk meraih undinya nanti, bila perlu.
Dari permintaan YB ini, tumpuan YB beralih dari ingin mengurat S menjadi satu hubungan profesional dengan aku dan firma aku. Aku mengendalikan penubuhan syarikatnya, menjadi pengarah syarikatnya dengan S, melantik setiausaha syarikat yang YB sendiri tidak bertanya siapakah dia dan membuka akaun bank. Akaun bank itu adalah di sebuah bank di kawasan YB kerana YB kenal dengan pengurus cawangan di kawasannya itu. Mudah agaknya untuk dia menyelia akaun itu dan memastikan aku boleh dipercayai. Sekiranya aku ingin kaya sekejap, aku sebenarnya boleh melarikan semua wang yang ada di dalam akaun itu tanpa banyak soal.
Namun, pemikiran ku adalah untuk masa depan dan bukan untuk sekejap sahaja....

November 10, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 12
Setelah beberapa minggu, Dato' A akhirnya meluluskan firma kami sebagai salah satu panel peguamnya yang dibenarkan bertindak untuk menangani fail-fail jual beli rumah di syarikatnya. Kami diperkenalkan dengan pegawainya yang mentadbir bahagian jualan dan kami dipanggil berjumpa dengan Dato' A sebelum dia membenarkan kami mendapat apa-apa fail. Kena syarahan panjang lagi....
Kami berjumpa dengan Dato' A di pejabatnya yang baru di Shah Alam. Dia menyewa satu blok bangunan dan ofisnya adalah yang paling atas menghadap panorama kota Shah Alam. Aku senyum kepada pembantu peribadinya sebelum masuk berjumpa dengannya dan pembantu peribadi Dato' A memberi pandangan kepada S yang jelas menampakkan kekagumannya dengan kecantikan S. Muka aku pula boleh nampak bangga dengan kecantikan S yang tiada kena mengena denganku.
Dato' A berada di dalam biliknya dan memandang ke atas apabila kami masuk. Biliknya cukup besar untuk memuatkan 5 pejabat kami. Di atas meja Dato' A ada sebuah komputer yang sentiasa menunjukkan nombor-nombor kecil berwarna hijau yang sesekali berkelip-kelip. Bila aku tanya Dato' A tersenyum dan menerangkan ini adalah hobinya yang mampu membuat duit jika pandai. Bila aku pandang skrin itu betul-betul baru aku faham yang ia menunjukkan pasaran saham Malaysia. Main saham rupanya orang tua ni.
Setelah kami didudukkan di sebuah sofa di satu sudut di bilik itu, Dato' A datang menyertai kami dan duduk di sofa untuk seorang di sebelah kami. Dia memandang kami dari atas ke bawah dan hanya mengangguk apabila kami bertanyakan khabarnya.
"Korang ni agaknya berapa lama boleh tahan jadi partner huh? Aku dah banyak jumpa lawyer semua bila dah 2,3 tahun pecah partnership bukak firm baru. Tak pun berhenti jadi lawyer dan masuk government lah, syarikat besar lah", dia memulakan ceramahnya. Aku dan S hanya diam mendengar. Orang nak bagi kerja, takkan nak bantah-bantah pulak. Dengar je lah...
Dia menceritakan bagaimana dia bermula dengan berniaga di kawasan pendalaman sebelum dia berjaya seperti sekarang. Dia memberitahu yang dahulu dia hanya mempunyai sebuah pasaraya kecil menjual pelbagai barang. Dia kemudiannya membeli sebidang tanah di kampungnya sekuas 3 ekar dan atas saranan kawannya dia memajukannya menjadi projek perumahan.
Dia dengan sendirinya turun naik pejabat tanah membuat permohonan pertukaran syarat, memecah bahagian dan semua yang perlu untuk membangunkan rumah teres. Dia kemudiannya melantik kontraktor yang menipunya setelah dia membayar setengah dari bayaran yang dituntut. Dia hampir putus asa. Kawannya yang memberangsangkan dirinya pada awal itu memujuknya. Dia menjadi tekad dan melakukan semuanya sendiri. Dia akhirnya berjaya menjual semua unit rumah yang dibangunnya sendiri dan dia berjaya membuat untung.
"Kau tahu sapa kawan yang sibuk bagi aku encouragement tu?", kami menggeleng kepada soalannya itu.
"YB korang tu lah... Tu sebab aku terhutang budi kepada dia", kami mengangguk dan memahami kenapa dia seperti terhutang budi dengan YB.
"So, kalau dia bawak korang, aku tolonglah. Tapi, kalau korang menyusahkan aku, tutup firm lah, bawak lari duit lah, aku tak kira, korang ni anak YB ke, sapa ke, aku bantai aje.... Ok?", dia minta kepastian.
S berengsot ke hadapan di tempat duduknya dan berkata "Dato', kami ni memang nak berniaga lama. Mungkin lawyer lain tu bila berkongsi niaga tak kenal sama satu lain. Kami dah kenal 8 tahun lepas, sejak hari pertama matrikulasi. Insyaallah, kami takkan abaikan amanah Dato' dan kami pun tak nak kecewakan YB", aku mengiakan telahan S.
"Ok lah, korang dah paham apa aku nak beritahu, korang buat lah habis baik dan jangan sampai aku dengar apa-apa complain", dia duduk di mejanya semula dan terus membuat panggilan telefon. Kami anggap kami dah selesai dengannya.
"Fuh, penat dengar syarahan dia. Tapi takpelah, kita jadikan cabarannya tu sebagai inspirasi. Kau kalau nak gaduh-gaduh dengan aku, gaitau awal-awal tau...", seloroh aku yangdisambut dengan tamparan ke bahu ku.
Kami ketawa bersama-sama dan merenung jauh ke masa hadapan. Cerah nampaknya kalau berkawan dengan YB ni...

November 5, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 11
Rupa-rupanya YB sudah berpolitik sejak muda. Sama seperti Menteri Besar di kampung ku yang telah berkecimpung dalam politik semenjak berumur 20 tahun. Keturunan juga penting. Jika ibu bapa ahli politik dan berjawatan sebagai menteri atau sekurang-kurangnya exco kerajaan negeri, lebih mudah untuk memenuhi aspirasi politik masing-masing.
Melalui pembantu peribadi Dato' A, baru aku tahu, untuk berkecimpung dalam politik di Malaysia jika ingin popular, ramai kenalan, penaung dan pengikut yang perlu dikumpul. Bagi 'boss' YB, Dato' A adalah 'dompet'nya. Kepercayaan yang diberi oleh 'boss' YB kepada Dato' A adalah kerana perkenalan mereka bermula sejak sekolah. 'Boss' juga memang telah dikatakan ramai macamana karier politiknya telah difast-trackkan apabila dia sanggup mengorbankan sedikit dari negerinya kepada kerajaan Malaysia. Pada masa 'boss' dilantik ramai nama-nama dari parti YB dikatakan akan mengambil tempat mantan 'boss'.Termasuklah YB.
Muka YB pernah dibariskan di hadapan Utusan Malaysia dengan beberapa exco kerajaan negeri yang dikatakan paling layak menerajui negeri itu setelah mantan 'boss' tersilap pencaturan karier politiknya. Apabila big boss memilih 'orang luar' yang baru pertama kali menjadi ADUN sebagai boss negeri itu, macam-macam cerita keluar tentang boss baru YB itu.
Semasa YB sibuk menghadapi semua itu, aku belum mengenalinya. Cerita pembantu Dato' A, YB dengan berselamba menceritakan teorinya kepada semua orang "Jika dah jadi exco, mana pernah jadi boss. Dah terbukti berkali-kali" Dikatakan YB telah mewar-warkan teori ini sebelum pengumuman nama boss itu dibuat. Sekali lagi, permainan politik YB adalah permainan politik selamat atau safe play. Macam Misbun main badminton. Long rally kemudian smash bila ada peluang.
Apabila YB tidak terpilih sebagai boss badtu dia cepat-cepat memastikan yang dia akan dikekalkan sebagai exco. Mesyuarat lewat-lewat malam dengan pegawai-pegawai di bawahnya dan menyelesaikan semua tugasan yang telah diberikan kepadanya samada tugas kerajaan mahupun tugas-tugas parti politiknya. Hasil dari kerajinannya, dia dikekalkan sebagai anggota exco kerajaan negeri.
Ini berlainan dengan zaman mudanya ketika dia mula berkecimpung dalam bidang politik. Dia memulai karier politiknya dengan menyertai barisan Pemuda partinya. Dia memang terkenal dengan lantangnya. Dia pernah masuk ke dalam mahkamah dan duduk di atas meja hakim bersama-sama dengan beberapa barisan exco pemuda untuk memprotes keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang melibatkan parti politiknya. Dia pernah membakar bas dan jambatan (dua kes yang berlainan) dan masuk lokap kerana tindakannya itu. Mungkin nasib dia baik kerana banyak penaung dia tidak pernah dicampak ke dalam pusat tahanan ISA. Penaung-penaungnya memang berada tinggi di hireaki kepimpinan parti politik yang dianggotai YB. Cukup untuk menyelamatkannya dalam pelbagai situasi yang genting.
Bila aku mendengar semua ini, aku ahu YB adalah tiket untuk aku melangkah jauh dalam karier peguam aku. Aku baru bermula, banyak lagi yang belum aku tempuhi. YB pula nampaknya ingin membantu. Ikhlas atau tidak, itu tidak penting. YB kena cuba sendiri mengurat S yang aku tahu pandai bersilat menepis orang-orang yang macam YB. Aku pula akan menyumbang apa yang patut untuk menolong S menangkis tapi kalau S terkorban, bukan ada apa-apa yang rugi. Entah-entah lagi untung...

November 3, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 10
Dalam minggu yang kami diperkenalkan kepada Dato' A, kami terus menghantar profil syarikat kami kepada pejabatnya di Shah Alam. Nama penuh dan alamatnya kami dapatkan dari pembantu peribadi YB. Profil itu kami serahkan kepada seorang pembantu peribadi Dato' A yang kelihatan seperti lebih seperti seorang model dari seorang pembantu peribadi. Mungkin dia banyak 'membantu' dalam pelbagai perkara, fikirku yang senang melabel orang dengan perkara sumbang walaupun tidak mengenalinya dengan lebih dekat. Sama macam apabila aku dan S apabila dilihat orang bersama-sama.
Oleh kerana kami tidak mempunyai despatch sendiri, tugas penghantaran itu jatuh kepada diriku. Setelah profil itu dihantar, setiap selang sehari S menuruti dengan panggilan telefon untuk bertanyakan status panel kami. Dato' A tidak pernah memberi kami apa-apa bisnes kad tetapi apabila aku menghantar profil kami itu, aku telah mengambil semua no. telefon syarikat Dato' A termasuk talian telefon terus ke pejabat Dato' A. Nombor telefon bimbit pembantu peribadi Dato' A itu pun telah berjaya aku perolehi.
Tidak ramai yang memakai telefon bimbit pada masa itu dan ketika aku bandingkan telefon bimbitnya dengan yang aku punyai, telefonnya nampak lebih canggih. Tujuan aku mendapatkan telefon bimbitnya bukanlah kerana aku ingin mengurat dirinya kerana aku nampak dia seperti sudah berpunya tetapi dia seperti seorang yang mudah mesra dan memberi tanggapan yang dia mudah untuk ditawan. Tetapi aku tahu, itu hanya satu lakonan yang digunakan untuk memperolehi pelbagai kemudahan untuk dirinya. Sebagai seorang 'penjaga pintu pagar' kepada Dato' A, dia menggunakan kelebihannya itu untuk menambah koleksi peribadinya.
Semasa S sibuk membuat follow-up dengan pembantu peribadi Dato' A melalui pejabatnya, aku pun sibuk membuat follow-up lain dengannya melalui telefon bimbitnya. Melalui panggilan telefon ku, aku cuba memujuknya untuk keluar dengan aku. Bermacam alasan diberinya untuk mengelak dari keluar dengan aku termasuklah mengatakan yang dia sebenarnya telah bertunang. Aku pula mengumpan dirinya dengan berjanji membawanya makan di sebuah restoran baru yang memang terkenal mahalnya di Shah Alam.
Dalam seminggu selepas aku menghantar profil kami ke pejabat Dato' A, aku berjaya memujuk pembantu peribadi Dato' A keluar minum. Setelah memberikan jaminan yang aku akan menghantarnya secepat mungkin selepas makan malam itu, dia bersetuju. Pandai juga nampaknya aku bermain kata-kata. Nak harapkan rupa memang aku tidak aku miliki dengan perut yang jelas ke hadapan dan rambut yang semakin berkurangan di bahagian hadapan.
Aku tidak mempelawa untuk mengambilnya tetapi berjanji dengannya untuk bertemu di restoran itu. Aku tidak ingin dikatakan hanya membawa Kancil tetapi ada hati ingin mengurat orang yang cantik sepertinya. Ditambah pula dengan harapanku untuk memperolehi maklumat tentang orang-orang penting seperti YB dan Dato' A.
Bila dia tiba, aku membiarkan dia memilih tempat duduk dan memesan makanan di restoran itu. Aku hanya memesan starter sahaja untuk jimat dan dia memesan daging stik yang boleh tahan harganya. Aku gunakan sahaja kad kredit Citibank ku yang memang aku sediakan untuk keadaan seperti ini. Sepanjang tempoh makan itu aku mengorek pelbagai rahsia tentang Dato' A dan YB. Malahan tentang boss kedua-duanya pun aku dapat banyak maklumat.
Memang tidak sia-sia aku mengajaknya keluar dan sebelum berpisah aku berjaya memastikan dia bertanya dengan Dato' A tentang permohonan panel kami. Setelah dia pergi menaiki kereta BMWnya, aku duduk di tempat duduk memandu kereta Kancil ku dan memikirkan tentang ceritanya mengenai Dato' A dan YB....

November 1, 2008
Self publishing
I have so many ideas in my mind that I sometimes dreams of what I want to write or weirder still, I dream of living out the writings that I want to put down on paper.
I was quite a lazy person in my earlier days of professional life. When my firm was running on its own and my partners are more of the work-horses than me, I was entrusted to ensure my firm is kept on track and has enough money for salary and such. As I computerised nearly everything, it doesn't make me have to spend too much time on managing my firm. So, I have quite a lot of time on my hands.
Currently, I am taking an online course in Islamic banking with occasional seminars, talks and pre-examination sessions. This course ensure that I don't have to spend too much time going to lectures as even the tutorials are optional. As I always consider myself as a self-taught guy, that was how I approached this course. Alhamdulillah, up till now, I never failed a subject, yet (Oh, just remembered that I have 5 assignments to send in before 9.11.08, must get working on them). All are done online. And no, its not conducted by some small university but a university under Bank Negara Malaysia, called INCEIF.
As I go to school, I also taught Business Law to UiTM students in their business school. They are taking their exams this coming 3.11.08 and I wish them luck. I think they had helped me polish my public speaking but as my lovely partner and wife (2 different persons, ok) like to say, I am a very talkative person or "leter...." and they consider asking me to lecture is like giving me candy (to those who understand, literally and figuratively. The candy, not the talking)
And I am also in the Selangor Bar Committee (lawyer association, not a pub's bar) as a sub-committee member but its run by a capable leader who rarely ask for my help. She just gave birth so it falls on me to launch our new website at the Selangor Bar Dinner. Do check it by December this year.
Anyway, just a few novels and non-fiction currently in my head, which I am going to put on this blog or in a book one of these days :-

ONGOING ONLINE NOVEL
1) Sold Soul (fiction of epic proportions) - based on my life stories but there were and will be a few exaggerations
2) Hari-Hari Terakhir Seorang YB (satu novel Malaysia) - yes, I know a few YBs but the YB here is not a specific person
NON-FICTION (BEING WRITTEN AS WE SPEAK AND ALREADY GOT INTERESTED PUBLISHERS)
1) 101 Questions That You Should Ask Lawyers Before Buying A Property In Malaysia - approached by quite a few persons to write this fast, but I have but 2 hands...
2) THIS IS HOW WE DO IT - How My Journey Building a Legal Firm Can Be a Guide for All Professional Service Businesses - trying to be the longest title ever
STILL IN MY HEAD BUT THE FRAMEWORK IS THERE
1) Seremban (a novel) - a spin-off from Sold Soul
2) Why be a lawyer?
I do know that someone else might have the same ideas and would probably manage to get this books out way before me, but all that I have written in this blog are also being written as a way for me to finish these books that I am authoring. The 101 Q is co-authored by my partner.
I really hope I will finish at least one book and someone is willing to publish it. Those publishers only reply my email once then were never heard of again. Maybe I need to remarket them later.
As for now, I stick to my self-publishing with this blog.
Enjoy...
October 31, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 9
Pada hari yang dijanjikan itu, aku dan S memakai pakaian korporat terbaik kami. Tali leher yang selalunya hanya dibawa ke pejabat tetapi tidak dipakai aku cuba padankan dengan kemeja ku yang ada. Koordinasi warna merah tali leher itu aku padankan dengan baju biru kegemaranku.
S tak payah disuruh. Dia memang hebat jika bergaya. Rambutnya telah di blow di salon rambut yang memang sentiasa dikunjunginya. Baju suit kelabu yang dipakainya menampakkan susuk tubuhnya tetapi cukup untuk memberinya imej korporat. Skirt yang dipakainya jatuh cukup-cukup mencecah lututnya.
Kami tiba ke pejabat dan cuba menyelesaikan kerja-kerja yang ada. Oleh kerana perniagaan kami yang masih baru, pejabat kami yang luasnya hanya 500 kaki persegi tu tidak mempunyai pekerja lagi. Kami melakukan semua kerja dengan sendiri. Kerja yang ada pun hanyalah beberapa fail yang tidak memerlukan perhatian pada hari itu. Kami pun sebenarnya lebih berdebar menanti panggilan telefon dari YB.
Pada pukul 11 pagi YB menelefon handphone S dan bertanya di mana kami akan makan tengahari. Apabila S mengingatkan YB tentang temujanji hari itu, YB terus berkata yang dia telah pun menempah bilik di restoran Cina di Hotel Sheraton Subang Jaya dan meminta kami datang pada pukul 1pm.
Kami sampai awal pada pukul 12.30pm. Kereta kancil ku aku letak jauh sedikit, setelah menurunkan S di lobi hotel itu, bagi mengelakkan dari membayar caj letak kereta hotel. Jimat aku RM5-00. Apabila kami naik ke restoran Cina itu pada pukul 1pm, kelibat YB masih tidak kelihatan. Setelah jam menunjukkan 1.15pm YB menelefon S bertanya di mana kami.
Rupa-rupanya YB telah berada di situ sejak pukul 12pm berbincang sesuatu dengan orang yang ingin diperkenalkan kepada kami itu.
Aku masih ingat lagi bagaimana pertemuan itu berlangsung.
Kami diminta memperkenalkan diri kepada Dato' A. Dia nampak segak dengan kemeja putih dan bertali leher biru muda. Dia nampak masih muda dan menghias dirinya dengan pelbagai barang berjenama seperti jam Tag Haeur dan memakai cermin mata yang berjenama Prada yang jelas dibingkainya. Asli atau tidak aku tidak dapat pastikan tetapi dia memang pandai menggayakannya.
Apabila kami masuk mereka sedang bercakap Jawa sesama mereka dan memerhatikan kami mengambil tempat duduk. YB memperkenalkan kami kepadanya. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan tangan S yang digenggamnya erat. Tangan aku hanya disambut dengan hujung tangannya saja.
"Korang ni boleh ke buat kerja ni?", adalah pertanyaan awal yang diujarnya setelah kami menghulurkan kad kami masing-masing. Apabila kami meminta kadnya, dia enggan memberinya dan terus bertanya soalan itu.
"Kami memang masih baru tetapi sebelum ini kami dah banyak buat bermacam-macam kes semasa bekerja dengan orang lain. Insyaallah kalau diberi kerja, kami takkan kecewakan Dato'" aku menerangkan dengan panjang lebar.
Dipandangnya aku dan dia terus bangun dari kerusinya "Ok lah, nanti kau hantar je company profile kau dan nanti aku decide. YB, saya terpaksa pergi dulu. Bil ni boleh lah dibayar oleh peguam-peguam muda ni. Sesekali belanja YB apa salahnya. Bukan senang nak duduk dengan orang-orang macam kita ni kan?"
YB tersenyum, menyambut huluran tangan Dato' A. Dia hanya mengangkat kening kepada aku dan S sebelum beredar.
"So, amacam? Aku tau korang ingat dia tu nampak sombong, tapi dia tu developer besar tu. Boss kawan baik dia. Aku ni pun kadang-kadang tak dilayannya. Tapi aku tau lah nanti macamana nak bagi dia laju sikit. Korang jangan silap buat kerja dah" YB memberi amaran.
"Ada duit nak bayar ni?" YB bertanya setelah kami habis makan. "Takpe lah. Aku tau korang ni masih baru. Nanti dah ada fail, korang belanja aku pulak" YB membayar semua makanan di atas meja itu dan kami mengucapkan terima kasih sebelum beredar.
"Lepas satu bahana" aku berkata dalam perjalanan pulang. "Nasib baik ada YB" aku lihat S senyum seperti dia pulak yang membayar tadi.
Dalam perjalanan balik itu kami berbincang tentang Dato' A dan tindakan kami seterusnya...

October 28, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 8
Selepas pertemuan pertama aku dengan YB di restoran Jepun itu, kami tidak bertemu dengan YB selama beberapa lama. Dia ada beberapa kali ditelefon oleh S dan dia menjanjikan beberapa pertemuan akan diatur dengan beberapa orang.
Hari raya tahun itu datang. Kami memutuskan untuk mengadakan satu jamuan hari raya dan menjemput YB datang. Dia menjemput pula kami untuk datang ke majlis jamuan hari raya di kediamannya di Shah Alam. Walaupun kawasan YB berada di luar Shah Alam, dia selalu mengadakan jamuan hari rayanya di situ kerana terdapat seorang caterer yang amat digemarinya berpengkalan di Shah Alam.
Jamuan yang diadakan amat meriah dengan pelbagai hidangan termasuk seekor unta. Anak-anak yatim dibawa untuk menerima sumbangan dari YB. Tetamu-tetamu dari kawasannya dibawa datang dengan bas-bas yang disewa khas. Terdapat persembahan nasyid dan nyanyian karaoke setelah hari semakin lewat.
Wartawan dipanggil untuk menemuramah dirinya tentang portfolio yang dipegangnya pada masa itu. Artis-artis yang dikenalinya hadir untuk bermesra dengan orang kenamaan yang hadir. Isteri-isteri orang kenamaan memerhatikan suami masing-masing untuk memastikan tiada yang terjatuh hati.
Aku yang selalu mengikuti berita politik dan mengenali muka-muka ahli politik negara tidak lekang dari memandang ke meja orang kenamaan dari tempat duduk aku yang jauh ke belakang. S yang berada dengan ku sibuk pula memerhatikan artis-artis yang hadir. Kami bertukar-tukar maklumat tentang siapa yang kami lihat. S pula tidak perasan mata-mata liar yang memerhatikannya. Aku pula bangga dengan gula-gula mata disebelah ku yang bukan milikku.
Aku yang masih bujang pada masa itu kemudiannya menceritakan pengalaman itu kepada teman wanita ku. Dia yang kemudiannya menjadi isteriku pada awalnya amat kagum dengan cerita-cerita yang aku bawa selepas aku bertemu YB. Sekarang tidak lagi. Malahan, dia menyampah mendengar cerita-cerita YB. Terutamanya apabila dia telah tahu tentang perangai YB sebenarnya.
Minggu berikutnya, pada satu Sabtu, beberapa hari selepas tarikh sebenar bulan Syawal tamat, kami mengadakan pula jamuan raya kami. Kami yang telah menjemput YB berharap yang dia akan hadir dan bertemu dengan anakguam, rakan-rakan dan keluarga kami. Kalau pun tidak lama, mungkin sekejap, sekadar menjamah satu dua juadah.
Jamuan kami diadakan dari pukul 1.00 tengahari sehingga 4 petang dan jemputan kami hanyalah mereka yang biasa kami temui. Ibu bapa aku dan S datang untuk melihat anak-anak mereka cuba menjadi peguam muda yang berniaga. Kawan-kawan kami datang kerana makanan percuma yang dihidangkan. Kami pula berharap YB akan datang untuk menyerikan majlis hari raya kami itu.
Majlis kami sebenarnya adalah acara makan-makan sahaja tanpa sebarang upacara. Apabila kami menjemput YB, kami telah memberitahu sedemikian dan oleh kerana itu dia sanggup hadir, katanya. Apabila aku semakin kenal dengannga, barulah aku faham yang dia memang tidak suka menunjukkan kemesraan dengan sesiapa pun. Dia akan mengelak untuk bertemu dengan aku sekiranya pertemuan itu akan melihatkan keakraban kami.
Apabila dia tahu majlis kami akan hanya dipenuhi dengan kawan-kawan kami, dia berjanji akan menghadirkan diri. Pada pukul 4 petang kami menerima panggilannya dan dia memberitahu yang dia baru sahaja dalam perjalanan. Pada masa itu, hanya tinggal seorang kawan aku dan dia pun sudah bersiap-siap untuk pulang.
YB tiba 45 minit kemudian, kami menyambutnya dan menemani dia makan. Dia memberi komen tentang kedudukan pejabat kami yang agak kecil dan berada di kawasan yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Kami membalas balik yang kami hanya mampu untuk berpindah ke kawasan baru dan ke pejabat yang lebih luas sekiranya dia dapat membantu kami.
Melihat kesungguhan kami, YB terus menelefon seseorang dan bertanya orang yang bercakap dengannya itu samada YB boleh bertemu dengannya pada minggu depan. Orang itu memberi jawapan dan setelah tamat perbualan mereka, YB memandang aku dan S, dan terus berkata
"Minggu depan, kau berdua pastikan yang hari Selasa kamu tidak ada apa-apa temujanji. Nanti aku telefon kau di mana kita akan berjumpa dan aku nak bawak kau jumpa seseorang".
"Siapa YB?", tanya S.
"Kau datang je lah nanti. Pakai cantik-cantik. Dia tu bukan boleh nampak perempuan cantik", YB bermisteri.
Aku dan S saling berpandangan. Masing-masing berharap kali ini YB akan menunaikan janjinya dan memperkenalkan kami kepada seorang yang berbaloi kami temui.

October 24, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 6
Aku termangu-mangu cuba menahan pedas dan YB terus berseloroh bertanya kenapa muka aku merah seperti termalu-malu berjumpa dengannya. Aku tersengih dan menerangkan yang aku tidak tahu wasabi boleh sepedas itu. Dia tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya. Mungkin dia tertawa di dalam hati dengan kejakunan aku yang tidak pernah makan makanan Jepun.
Dia terus bertanya kepada H tentang beberapa perkara termasuk samada 'bos' ada menelefon, bateri baru telefon bimbitnya telah dibeli, ubatnya ada dibawa dan samada temujanjinya selepas itu masih akan diteruskan. H menjawab satu persatu dan baru aku memahami tujuan H ada bersama kami. Dia bagaikan pembantu peribadi YB yang sentiasa ikut bersama ke mana-mana dengan YB. Aku membuat telahan mental untuk mengeksploitasi maklumat ini.
Dia kemudiannya mengalihkan perhatiannya kepada kami dan bertanya apa yang telah kami pesan untuk makan. Dia kemudian bertanya kepada H samada nasi goreng bawah putih dan Unagi (belut Jepun) telah dipesan untuknya. Apabila H menjawab tidak, dia terus menepuk tangannya dan tidak semena-mena terdengar suara "Hait!" di luar restoran dan 5 minit kemudian pintu bilik kami dibuka.
Seorang pelayan wanita yang sedang mengandung masuk. Walaupun mengandung kelihatan dia sebenarnya seorang cantik. YB tersenyum melihatnya dan terus bertanyakan khabar dirinya dan keluarganya. Dia menjawab dan terus disambut YB dengan selorohan tentang samada anak yang dikandung adalah anak yang kesepuluh. Ditambah lagi dengan pujian yang suami wanita tersebut sangat beruntung mempunyai isteri yang cantik. Pelayan itu tersenyum lebar.
"Perempuan! Pantang dipuji" ujar YB apabila wanita itu meninggalkan bilik kami.
Itulah pertama kali aku melihat YB menggunakan perwatakannya untuk menawan hati seseorang.
Aku meneliti YB. Dia bukanlah seseorang yang dikategorikan 'kacak'. Dia adalah apa yang aku selalu bayangkan seseorang Jawa patut kelihatan. Kulit sawo matang, tidak terlalu tinggi dan rambutnya terdapat beberapa helai uban yang semakin menguasai bahagian yang hitam. Dia kelihatan seperti umurnya yang mencecah 45 tahun pada masa itu. Pakaiannya nampak mahal tetapi koordinasi warnanya seperti kurang sepadan. Baju batik merah bercampur kuning, seluar hitam dan stokin kelabu. Sedikit janggal.
Dia nampak aku sedang memandangnya dan terus mengacukan soalan "Apa tujuan kita berjumpa ni? Makan je?". Aku memandang S dan S menjawab "Kami nak ajak Dato' berniaga. Itu pun kalau minat lah".
Sebelum kami dapat meneruskan perbincangan, dia memandang tepat kepada S dan berkata "Dulu kalau datang jumpa aku di opis asyik pakai jeans aje. Ni cantik sikit pakai suit macam ni"
S tersenyum dan meneruskan percakapannya "Kami ingat nak kongsi perniagaan firma kami. Secara sah memang tak boleh lah, tapi kita boleh buat perjanjian di luar"
"Menarik. Apa kata korang berdua tulis benda ni dan mungkin kita berjumpa semual dalam seminggu dua ni". Memang kata-kata YB ini telah kami jangka dan tunggu-tunggu.
Seterusnya perbualan kami hanya tentang macamana kami boleh membuka firma kami dan latarbelakang kami menjadi rakan kongsi. Aku nampak YB semacam pelik kenapa S yang rupawan ingin menjadikan aku sebagai rakan perniagaannya. Aku tidak kisah apa tanggapannya selagi dia mahu menolong kami.
Bertitik tolak dari pertemuan inilah aku akhirnya menjadi lebih rapat dengan YB dari S.

October 22, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 5
Pertemuan pertama aku dengan YB telah diadakan di restoran Jepun di hotel yang berhadapan dengan tempat persidangan partinya. Pada hari itu parti politik YB sedang mengadakan satu lagi perhimpunan yang terkenal apabila diadakan akan menyebabkan semua hotel-hotel di sekeliling Kuala Lumpur dipenuhi. Perhimpunan parti YB juga selalunya akan menyebabkan kesesakan luar biasa berlaku kerana pelbagai bas-bas dari luar KL akan datang untuk membawa ahli-ahli parti politik YB ke ibupejabat parti tersebut. Lobi-lobi hotel juga akan dipenuhi dengan pelbagai pihak sedang berdiskusi tentang pelbagai perkara 'penting' tentang parti mereka. Dikatakan pada masa parti politik YB berada di puncaknya, hampis semua kontrak kerajaan pada sesuatu tahun telah ditentukan kontraktornya pada masa parti politik YB bersidang.
Di restoran Jepun itu, kami diminta menunggunya di dalam salah satu bilik daripada bilik-bilik kecil yang dibina mengelilingi tempat makan terbuka restoran tersebut. Kami mendapat bilik pertama yang menghadap pintu masuk restoran tersebut. Apabila aku telah mengenali YB lebih lama baru aku faham kenapa YB suka memilih bilik yang pertama. Mudah untuk dia keluar masuk tanpa dilihat. Temujanji kami telah ditetapkan pada pukul 8 malam dan S telah ada di situ lebih awal dari aku. S tinggal di KL dan aku duduk bujang dengan kawan-kawan dari universitiku luar sedikit dari KL.
Apabila aku masuk ke bilik itu, terdapat seorang lelaki yang sudah berada dengan S. Aku ingatkan dia YB dan aku terus bersalam dengannya sambil bertanya kan khabar. Apabila aku memanggilnya YB, dia tersenyum. Dia terus menerangkan kepada ku bahawa dia hanyalah pemandu kereta YB dan dia diminta oleh YB untuk menemankan kami sebentar sementara YB selesai bersidang untuk hari itu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai H.
H adalah seorang yang agak muda dan apabila dia memberitahu dia masih berumur 30-an, aku terkejut kerana aku menyangkakan dia masih di dalam linkungan 20-an. Dia juga memberitahu yang dia berketurunan Jawa dan begitu juga YB. Aku hanya mengangguk sambil memandangnya semula dengan lebih teliti kerana dia mempunyai kulit yang cerah dan menyerupai seorang Cina. Bila dia nampak aku meneliti dirinya, dia menerangkan yang kadang-kadang memang ramai Jawa berkulit cerah dan kelihatan seperti dirinya.
Sambil kami menunggu kedatangan YB, kami berborak tentang bagaimana S selalu datang ke pejabat YB pada satu masa dahulu dan sekarang telah pun bergelar sebagai seorang peguam. S tersenyum sahaja dan mengatakan yang tahun terakhir di universiti agak mencabar dan setelah selesai belajar, terpaksa berguru selama sembilan bulan sebagai seorang yang 'chambering' menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk melawat YB. Kini setelah mempunyai perniagaan sendiri, S rasa sudah sampai masa bertemu semula dengan YB.
S telah memberitahu aku awal-awal lagi yang YB tentu saja akan bersetuju berjumpa dengan kami kerana YB pernah menawarkan untuk menolong S sekiranya ada apa-apa masalah yang boleh diselesaikannya. S telah menelefon pejabat YB dan bercakap dengan pembantu peribadi YB yang S ingin berjumpa dengan YB. Pembantu peribadi YB terus menyambung talian telefon tersebut kepada YB dan YB telah meminta agar pertemuan ini diadakan. S juga telah menjawab apabila ditanya tentang apa tujuan pertemuan ini dengan jawapan ringkas "Bisnes".
Hampir sejam juga kami menunggu dan sambil kami berborak, kami dihidangkan dengan sushi dan pelbagai makanan Jepun. Aku yang tidak pernah makan makanan Jepun, telah diolok-olok oleh H dan S apabila mereka menyuruh aku meletak wasabi yang banyak di atas sushi yang aku telah pegang. Itulah pertama kali aku merasakan segala hingus dan segala buangan telinga ku telah dibakar oleh wasabi tersebut. Kedua mereka ketawa berdekah-dekah melihat aku menggapai gelas minum untuk menghilangkan kepanasan yang aku rasa.
"Ha! Pedas tak?" ujar S. "Tak tahan nampaknya orang Negeri Sembilan".
Aku hanya mampu tersenyum dan pada ketika itu YB pun masuk melihat aku bermata merah sambil terpinga-pinga menahan kepedasan....

October 20, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 4
"Jadi, firma kau dah bersedia?" kata-kata YB menyentak aku kembali ke alam realiti.
Dia terus memandang aku dan aku mengangguk.
Kami berada di pejabat YB di kawasannya dan kami baru selesai berbincang dengan parti-parti komponen lain tentang kempen yang akan dibuat. Hari penamaan calon masih ada 3 hari lagi dan tarikh-tarikh yang penting telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada 13.02.08 dan penamaan calon akan diadakan pada 24.02.08. Tarikh yang dinanti-nantikan dengan debaran oleh semua bakal-bakal calon pilihanraya adalah 08.03.08. Dan tarikh pembubaran dan tarikh pilihanraya tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan pelbagai nombor bertuah beberapa orang penting negara. Bagi YB tarikh-tarikh tersebut tidak mempunyai makna khas tertentu bagi dirinya. Dia menganggap pilihanraya telah patut diadakan lama dahulu ketika masih tidak banyak isu-isu ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Malahan, oleh kerana dia rasa dia sudah bersedia, dia anggap peluang untuk dirinya dipilih sekali lagi hanyalah 50 : 50.
Aku kenal benar dengan perangai YB. Jika dia mengatakan sesuatu, ianya satu percaturan politik yang dia akan ulangi dalam percakapannya dengan orang-orang lain yang bakal ditemuinya. Dia makan minum tidur dan bernafas politik. Aku tidak hairan sekiranya dengan Datin pun dia berpolitik. Ini bermakna jika dia berkata sesuatu, ia adalah untuk memastikan dia 'selamat' dalam percaturan politiknya.
Dia memang dari dahulu terkenal dengan kepandaian bermain politik 'selamat'. Dia telah berkhidmat dengan tiga 'bos' yang berbeza. Dengan setiap bos tersebut, dia sentiasa berjaya menjadi barisan exco. Portfolio yang dipegangnya sentiasa membolehkan dia membantu kawasannya yang berada di bahagian negeri itu yang belum begitu membangun. Dia juga memastikan dirinya dapat di'bantu'.
Aku hanya mengenalinya selepas pilihanraya ke-11 Malaysia. Pilihanraya umum pada 1999 tersebut dikatakan sebagai pilihanraya paling mencabar bagi parti yang dianggotai YB. Pada masa itu Bos Tertinggi telah melucutkan jawatan Bos Kedua kerana kes seks luar tabi'i. Betul atau tidak perkara itu berlaku telah ditentukan oleh Mahkamah Malaysia. Di luar mahkamah, penduduk Malaysia telah menilai dengan cara lain iaitu dengan hampir separuh tidak mempercayai keputusan mahkamah tersebut. Pilihanraya tersebut diadakan pada masa kes itu belum diputuskan tetapi ia telah diadili dahulu oleh penduduk Malaysia.
Maksudnya dengan bertanya aku sudah bersedia atau tidak adalah samada aku telah mentelaah segala undang-undang yang perlu untuk memastikan sekiranya dirinya terpilih, pencalonannya tidak akan menghadapi apa-apa masalah.
Di pihak aku pula, walaupun sejak dari pilihanraya 2004 yang lepas, aku diberitahu olehnya dia sedang melalui penggalnya yang terakhir, apabila pada Oktober 2007 terdapat khabar angin pilihanraya akan diadakan, semua akta-akta terbaru telah aku beli. Pengumuman-pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya juga aku ikuti dengan taat.
Oleh itu, jawapan aku kepada YB ketika diacukan soalan itu hanyalah satu perkataan
"Ya"

October 18, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 3
Pada tahun 2000, firma kami yang baru ditubuhkan masih lagi mencari-cari arah. Kami masih mencuba memasarkan nama kami dengan bertemu dengan pelbagai orang yang kami percaya dapat membantu kami meningkatkan nama dalam senarai anakguam kami. Antara yang kami cuba dekati adalah pemaju-pemaju perumahan dan S mencadangkan agar kami bertemu dengan YB.
S telah mengenali YB sejak kami di universiti lagi. Kakak S bekerja sebagai seorang jurujual dengan satu syarikat pemaju di tengah bandar Kuala Lumpur. Sebagai seorang jurujual yang cekap, dia berani melakukan apa sahaja untuk menjual rumah-rumah yang dibina oleh majikannya. YB memang terkenal dengan sikapnya yang pantang nampak dahi yang licin dan ini telah dieksploitasi oleh kakak S dengan membawa S apabila janjitemu di pejabat YB dapat diperolehi. S pada masa itu masih lagi seorang pelajar tetapi sudah pandai menggayakan pakaian-pakaian yang lebih matang dari usianya. Ini menyebabkan temujanji mereka di pejabat YB tidak pernah kurang dari setengah jam walaupun kerusi-kerusi di luar pejabatnya itu penuh dengan orang-orang yang ingin menemuinya. Melalui temujanji ini, kakak S telah berjaya menjual dua unit dari rumah yang dijual oleh majikannya dan seingat aku, rumah tersebut masih lagi dijadikan YB sebagai rumah sewaannya.
Bagi S, pertemuannya dengan YB tersebut telah dieksploitasikan olehnya untuk tujuan lain.
Pada tahun kedua kami di universiti sebagai pelajar undang-undang, kami ditugaskan oleh fakulti kami, secara amalan turun temurun, untuk mengusai Persatuan Pelajar Undang-Undang dan menganjurkan pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti ini secara tradisinya akan diketuai oleh pelajar-pelajar tahun dua dan dipenuhi dengan AJK tahun satu dan tahun dua (yang kebanyakannya akan menjadi ketua-ketua sub-committee). S telah dilantik sebagai Pengarah Makan Malam Amal bagi tahun tersebut.
Makan malam amal ini kebiasaannya adalah tempat di mana pelajar-pelajar membeli satu tempat duduk atau satu meja dan melaram menggayakan pakaian makan malam. Masa untuk makan di hotel bersama pasangan masing-masing. Bagi yang berpacaran dengan orang luar inilah masa untuk memperkenalkan teman masing-masing yang selama ini hanya dilihat apabila keluar ber'dating' sahaja.
Bagi Persatuan Pelajar Undang-Undang, makan malam ini akan menunjukkan kepada senior-senior bahawa pelajar-pelajar yang sedang memimpin persatuan tersebut mampu menganjurkan satu program yang menarik. Malahan sekiranya ia lebih menarik, ia sesuatu yang boleh dibanggakan. S berazam ia akan menjadi yang terbaik semenjak ia pernah diadakan dan ini hanya dapat dicapai jika penajaan pada malam itu dapat dikumpul dengan banyak. Di sini lah peranan YB diperlukan.
Pada malam amal tersebut, YB telah menaja dua meja dan meja-meja ini dipenuhi oleh rakan-rakan S yang kebanyakannya dalah artis-artis baru di Malaysia. Ini dilakukannya melalui bantuan kakak kepada S (yang lagi satu) yang baru saja menjanji penyanyi. Oleh kerana syarikat rakaman yang menerbitkan albumnya masih baru, mereka menaja beberapa artis mereka secara percuma menyanyi di malam amal kami. Artis-artis ini pada masa ini masih lagi berkecimpung di dunia hiburan dan ini telah menjadikan makan malam amal kami antara yang terbaik untuk sekian lama.

October 16, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia) Episod 2
Aku mula mengenali YB pada tahun 2000. Aku baru saja membuka sebuah firma guaman di pinggir bandaraya Kuala Lumpur dengan seorang dari kawan perempuanku yang belajar bersama dengan ku di universiti. Firma kami menumpang sebahagian dari pejabat anakguam kami. Ia tidak dibenarkan oleh Majlis Peguam tetapi ia tidak seteruk ketika dua bulan sebelum itu di mana kami berkongsi pejabat kami dengan satu lagi firma guaman yang juga menumpang pejabat orang lain. Kami melakukan ini semua kerana kami memulakan perniagaan kami tanpa bermodalkan apa-apa kecuali keringat.
S, kawan universiti ku itu, memang telah lama ingin meninggalkan firma guaman di mana dia bekerja kerana penat melakukan kerja litigasi di mahkamah yang berulangan tanpa peluang untuk berkembang melakukan kerja guaman lain. Firmanya itu memang terkenal mengendalikan kerja-kerja mempertahankan syarikat-syarikat insurans dalam pelbagai kes kemalangan kereta di mahkamah.

Aku pula telah penat bekerja di kampung asalku di selatan Kuala Lumpur, yang hanya menawarkan kes-kes jenayah kecil seperti kes penagihan atau pemilikan dadah dan kes-kes kecurian. Mengendalikan kes-kes jenayah bukanlah mudah dan berebut kes di pekan kecil dengan peguam-peguam yang lebih senior meletihkan aku.
Setelah bertemu dan berbincang beberapa kali, kami terus memberitahu niat kami menubuhkan firma tersebut kepada keluarga kami. Bagi pihak S, dia memberi notis sebulan kepada majikannya dan bagi aku, aku terus memberitahu niatku kepada rakankongsi ku. Rakankongsi ku telah tahu niatku itu apabila aku pernah menawarkan kepadanya untuk membuka sebuah cawangan di Kuala Lumpur tetapi dia merasakan perniagaan firma guaman yang mengendalikan kes-kes jenayah tidak memerlukan banyak cawangan. Apabila dia menolak tawaran ku, aku tahu aku perlu mencari seorang rakankongsi yang lain.
Sebelum aku bercerita tentang bagaimana aku mengenali YB, aku rasa aku perlu menerangkan bagaimana paras rupa dan perwatakan S. Dia memang mempunyai paras rupa yang menarik dengan kulitnya yang putih dan tingginya yang boleh dikatakan lebih tinggi dari kebanyakan wanita. Mukanya berbentuk bujur dan dia memang pandai bermekap tanpa nampak dia meletakkan mekap yang banyak. Mulutnya kecil mungil dan giginya yang tersusun melengkapkan wajahnya.
Dia memang tidak pernah bertudung dan rambutnya sudah hilang warna asal seorang wanita Melayu. Sepanjang yang aku ingat warna rambutnya tidak pernah hitam sempurna. Sentiasa diwarnakan samada penuh berwarna emas atau terdapat sedikit 'highlight'. Ia sentiasa digayakan dengan gaya rambut yang dimodelkan oleh pelakon-pelakon Hollywood ketika itu. Pada masa ini, rambut Rihanna yang berbentuk seperti topi keledar yang pendek di belakang tetapi memanjang di depan di kiri dan kanan adalah pilihannya.
Susuk tubuhnya memang boleh dikatakan sentiasa diidamkan oleh wanita untuk dimiliki dan diidamkan oleh lelaki untuk dijamah. Cuma lehernya sedikit pendek dan tidak simetri dengan bentuk badannya. Satu lagi yang mengurangkan daya tarikannya ialah suaranya yang nyaring dan pengetahuannya tentang hal ehwal semasa yang boleh dinomborkan hampir kosong.
Dia juga gemar memakai pakaian yang seksi sejak dari universiti lagi. Skirtnya tidak pernah rendah dari lututnya dan pakaiannya sentiasa yang terkini. Apabila menjadi peguam yang terpaksa mematuhi skima pakaian yang telah ditentukan mahkamah, dia menggunakan kepakaran melaramnya menggayakan pakaian-pakaian korporat yang memberi bayangan jelas kepada apa yang disembunyikan oleh pakaian-pakaian tersebut.
Melalui dia, aku dapat berkenalan dengan YB. Ceritanya di episod yang lain...
October 13, 2008
Hari-hari Terakhir Seorang YB (sebuah novel Malaysia)
Aku memang faham sangat-sangat jika YB menelefon aku lebih dari pukul 12 tengah malam bermakna ada sesuatu yang penting telah berlaku. Memang benar apabila aku tiba di restoran mamak yang menjadi tempat pertemuan kebiasaan kami, di meja yang didudukinya dipenuhi juga dengan setiausaha bahagiannya, pembantu peribadinya dan juga seorang yang aku tidak kenali. Jarang aku dipanggil untuk melibatkan diri dalam apa-apa perbincangan mengenai politik. Kecuali jika ia melibatkan pilihanraya.
Dalam dua minggu kebelakangan ini, topik bila pilihanraya akan diadakan telah menjadi topik perbualan di kedai kopi yang tidak lekang dari diperkatakan. PM telah memberi beberapa bayangan yang Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diadakan. Aku seperti rakyat Malaysia yang lain mendengar pengumuman ini dan membiarkan ia keluar di telinga kanan ku kerana sejak Oktober 2007, pilihanraya acap kali dicanang akan diumumkan oleh pelbagai pihak.

Apabila YB memberitahu di kedai mamak tersebut yang dia terpaksa membatalkan rancangannya untuk pergi melihat anaknya di Perth, Australia mendapat gulungan ijazahnya di sana, aku mula yakin kali ini tarikh pilihanraya tersebut adalah dekat. Datin nampaknya terpaksa pergi ke Perth dengan ibunya sebagai teman untuk melihat majlis graduasi anak keduanya sebagai seorang akauntan.
Aku pun telah diberitahu sebulan lepas, walaupun tidak secara rasmi, dengan cara yang memang selalu digunakan oleh YB, iaitu secara berseloroh, yang dia telah dipanggil oleh Badan Perhubungan Negeri dan diminta agar tidak meninggalkan negeri atas apa jua alasan. Sebagai seorang yang setia, dia mematuhi arahan tersebut dan mula mengadakan pelbagai persediaan. Persediaan yang paling ketara, yang aku nampak, adalah pada satu hari Sabtu di mana aku di kawasannya bersamanya untuk minum pagi dan dia tiba-tiba teringat yang dia perlu melakukan 'spot check' terhadap jenteranya yang sedang mengadakan 'dry run' untuk memastikan jentera-jenteranya akan berfungsi masa pilihanraya nanti.
Namun, sejak dia menang pada pilihanraya 2004 di mana aku juga telah terlibat secara langsung sebagai peguam untuk dirinya, dia banyak kali memberitahu bahawa pilihanraya tersebut adalah pilihanraya terakhir untuknya dan dia tidak akan bertanding sekali lagi sekiranya dia dipilih pun. Keinginan ini diulangi dengan lebih kerap apabila tanda-tanda pilihanraya akan diadakan lebih awal setahun semakin ketara.
Aku teringat macamana aku mula mengenali YB pada tahun 2000....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Custom Search