Tahun 2014, iaitu tahun lepas adalah tahun berkenalan dengan beberapa rakan baru di dunia penerbitan buku. Antara yang menjadi kenalan baru adalah Amir Muhamad, yang aku jumpa semasa pelancaran buku kedua aku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Masa tu Azizi Ali telah menjemput seorang VIP untuk melancarkan buku-buku keluaran syarikat penerbitannya, True Wealth Sdn Bhd. Azizi Ali memang telah lama aku kenali sejak 2008 secara peribadi dan bertahun-tahun sebelum itu melalui tulisannya.
Masa tu aku telah terlibat sama dengan pelancaran tersebut di Center Court PWTC di Pesta Buku KL itu kerana buku aku, 40 More Questions You Should Ask Your Lawyer Before Buying A Residential Property in Malaysia baru keluar sebulan dua sebelum tu. Buku kedua ini tidak diterbitkan sebagai buku Bahasa Malaysia fizikal tetapi hanya sebagai eBook. Tajuknya ialah 40 Lagi Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah Kediaman di Malaysia. Link untuk membelinya ialah : LawyerHartanah.com. Mungkin satu hari ia akan dikeluarkan sebagai buku fizikal.
Beberapa bulan kemudian aku mula menulis satu manuskrip untuk Fixi, syarikat penerbitan yang diwujudkan oleh Amir Muhammad untuk menerbitkan cerita-cerita yang bukan cerita cinta di Malaysia. Ini adalah penerangan Amir jika ditemuramah tentang bagaimana ideanya untuk mewujudkan Fixi timbul. Aku sebenarnya merahsiakan manuskrip fiksyen aku daripada Azizi kerana segan untuk memberitahu yang aku menulis buku fiksyen. Ya lah, target market Fixi adalah muda mudi yang boleh dikatakan majoritinya adalah belasan tahun dan awal dua puluhan. Dengan Fixi aku dah terbit dua buku bawah nama Anuar Shah bertajuk Pinjam dan Pentas. Insyaallah aku akan tulis beberapa buku lagi dengan Fixi (dan mungkin tak berhenti pun selagi diorang nak terbitkan)
Aku yang dah nak masuk empat puluh masa tu dan seorang peguam hartanah terasa macam dah patut lupa kan generasi muda. Tapi macam terpanggil pulan nak menulis untuk mereka.
Sejak masa itu aku berkenalan dengan lebih mendalam seorang individu bernama Mutalib Uthman atau Mut atau Luca yang terkenal di blog dan Twitter. Aku tak kenal dia masa dia femes di blog tetapi aku kenal dia bila dia dah dewasa ni.
Jadi setiap kali berjumpa masa awal-awal, dia tanya, aku tak nak tulis buku hartanah untuk golongan muda ke?
Aku terpanggil untuk menulis dan sekarang aku sedang menulis sebuah buku bertajuk 'Harta Rampasan Perang' untuk DuBook Press.
Ini adalah Bab Pertama buku itu yang menerangkan kenapa rumah adalah ibarat harta rampasan perang.
Mungkin final product akan berubah tetapi inilah outlinenya -
1 - Definisi Harta Rampasan Perang
Kata pujangga,
rumahku adalah adalah syurgaku.
Rumah adalah
tempat kita dilahirkan (untuk sesetengah orang), dibesarkan, diberi makan,
belajar berjalan, bermain dengan kawan-kawan, tempat kita pulang semula selepas
keluar belajar, selepas keluar mengembara, tempat kita berasmara dana, tempat
membela kucing atau anjing, tempat membuang najis, tempat kita jatuh, tempat
kita bangun dan secara mudah, rumah adalah tempat kita hidup dan mati.
Rumah adalah
lebih berharga kepada sesetengah orang berbanding dengan harta lain. Rumah
tidak mudah untuk dilepaskan apabila seseorang mula suka kepadanya. Rumah tidak
mudah untuk dipindahkan daripada satu orang kepada seorang yang lain.
Kalau kita
pindah rumah kita akan mengupah orang untuk mengangkat barang-barang yang telah
kita kumpul sepanjang hidup kita di rumah itu ke rumah yang baru. Begitu
berharga rumah dan isi rumah di zaman moden ini, kita akan membeli insurans
untuk rumah dan isi rumah.
Jika seseorang
tu adalah seorang pengumpul, tidak kira pengumpul lukisan mahal karya Da Vinci
atau Van Gogh atau Ibrahim Hussin, atau mengumpul komik edisi pertama Superman
atau Raja Rimba, dia akan pastikan sekuriti di rumahnya adalah first class atau
jika dia gemar mengumpul isteri dan mempunyai ramai anak-anak yang dianggapnya
perlu berharga, dia akan pastikan akan mempunyai rumah yang cukup untuk
memuaskan hati semua tanggungannya.
Untuk memahami
kenapa rumah ibarat harta rampasan perang, cuba lihat betapa sukarnya untuk
memiliki rumah. Cuba lihat barisan yang panjang setiap kali terdapat pelancaran
rumah baru bagaimana pembeli rumah sanggup beratur daripada pagi sehingga ke
malam untuk mendapatkan rumah yang boleh berharga daripada RM42,000 iaitu harga
rumah murah di Malaysia sehingga rumah berjuta-juta ringgit.
Rumah yang
dilabel di bawah skim rumah mampu milik atau lebih popular dikenali dengan nama
affordable housing dijual oleh syarikat-syarikat penuh milik kerajaan seperti
Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan 1 Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah
Persekutuan (Rumah WIP), syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby, SP
Setia, I&P dan PKNS dan juga dibina oleh syarikat-syarikat swasta seperti
Mah Sing, Matrix Concept dan Tropicana Berhad.
Ada yang
melakukan pembinaan rumah mampu milik ini dengan rela kerana ia adalah matlamat
syarikat itu dan ada yang melakukannya dengan tidak rela.
Rumah-rumah
mampu milik ini adalah hanya sebahagian daripada jenis-jenis rumah yang ada di
dunia ini. Ada juga rumah yang berharga lebih mahal daripada rumah mampu milik
(rumah mampu milik yang paling mahal adalah RM400,000 – ada yang meletakkannya
pada RM500,000).
Rumah banglo
tersergam indah di atas bukit, rumah penthouse dua tingkat di tingkat yang
paling tinggi dalam sebuah kondominium, rumah agam yang mempunyai kawasan yang
sangat luas sehingga ia memerlukan beberapa orang untuk menjaganya dan
rumah-rumah teres yang dibina pada masa Lembah Klang masih baru. Rumah-rumah
yang disebut ini sudah tentunya berharga lebih daripada RM500,000 Malahan
mencapai angka berjuta-juta.
Hanya ada satu
perkara yang menghubung rumah-rumah ini, tidak kira rumah yang paling rumah
atau rumah yang paling mahal. Setiap rumah ini menjadi idaman setiap orang tidak
kira orang itu mampu untuk membelinya atau tidak.
Setiap pelabur
hartanah tidak pernah berhenti daripada membeli rumah walaupun dia telah
membeli rumah idamannya.
Lihat di setiap
barisan yang beratur di seluruh negara, betapa ramai yang beratur itu telah
mempunyai rumah yang lain.
Yang beratur
akan mendapatkan maklumat apabila ada pelancaran rumah baru dan akan cuba untuk
mendapatkan rumah itu dengan pelbagai cara termasuk menggunakan nama orang lain
yang layak mendapatnya, meminjam wang yang belum tentu mampu untuk dibayar
semula dan merasuah sesiapa saja yang boleh mendapatkan rumah itu.
Ada orang yang
menggunakan rumah sebagai alat untuk membuat lebih banyak lagi wang untuk
membeli rumah lain, ada yang sanggup mendapat rasuah dalam bentuk rumah, ada
yang menggubah wang haram yang banyak dengan membeli rumah dan macam-macam lagi
kegunaan rumah.
Rumah direbut,
dipusakai, dipindahmilik, dicagar, dipajak, disewa, dikaveat, dilien dan diberi
pampasan.
Di dalam sejarah
manusia, revolusi seperti yang berlaku berulang kali dalam sejarah dunia, sama
ada di Eropah, di Russia, di Jerman, di Amerika Syarikat, sejarah Nazi, semasa
Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah warisan dunia seperti di Pulau Pinang
dan Melaka, rumah akan diserang, dibakar, dijadikan tempat persembunyian,
dijadikan markas, diletupkan, dibina semula, dicantikkan dan semua ini diulang
semula apabila negara itu jatuh ke tangan musuh.
Pelbagai cerita
di dalam dunia dapat didengar tentang bagaimana harta rampasan perang yang
menjadi milik satu pihak berpindah kepada pihak yang lagi satu apabila perang
tamat dan pemenang perang itu diumumkan.
Mungkin kita
tidak sedar tetapi Perang Dunia Kedua yang telah tamat 70 tahun yang lepas
telah menyebabkan beberapa Tanah Melayu, yang kita anggap sebagai milik mutlak
kita telah berpindah tangan kepada beberapa pihak lain. Walaupun Perang Dunia
Kedua melibatkan pihak luar antaranya Amerika Syarikat, British, Jepun dan
Jerman.
Ramai lupa
tentang negara-negara sampingan yang terlibat kerana cerita propaganda yang
banyak tersiar adalah samada perang antara Amerika Syarikat dengan Jerman;
Amerika Syarikat dengan Jepun; British dengan Jerman; dan British dengan Jepun;
atau gabungan antara dua menentang satu atau dua yang lain.
Apa yang
menyebabkan perang dunia yang sudah lama berlaku ini tetapi masih dapat dilihat
di dalam filem di seluruh dunia samada melalui filem-filem lama dan baru ini
segar dalam ingatan adalah asalnya Perang Dunia Kedua (dan Pertama) adalah
mengani tanah atau harta. Satu negara ingin memiliki tanah dan harta negara
lain. Itu adalah punca asal kedua-dua perang tetapi ia menjadi tidak penting
kerana apabila semakin banyak jumlah korban manusia, memulakan perang kerana
tanah menjadi tidak penting.
Untuk memberi
perspektif yang lebih mudah, mungkin kita boleh lihat bagaimana Singapura telah
berjaya mendapatkan Pulau Batu Putih atau nama Portugisnya, Pedra Branca, di pesisir
pantai Johor.
Untuk sebuah
negara seperti Singapura yang kecil, yang wujud sebagai sebuah pulau di hujung
negara kita, mereka cukup menghargai tanah yang mereka miliki termasuk Pulau
Batu Putih yang mereka telah menangi di Mahkamah Antarabangsa di The Hague,
Belanda.
Singapura
sentiasa mengawal Pulau Batu Putih itu pada setiap masa dengan bot pengawal
pantai pereka seperti pada bila-bila masa Malaysia akan melanggar penghakiman
yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Antarabangsa itu.
Untuk memberi
perspektif personal kepada pemilik-pemilik rumah, pernah kah anda lihat kes-kes
yang terpampang di dada akhbar tentang bagaimana dua jiran boleh bertelagah
kerana satu jiran membuat ubahsuai rumah sehingga ada bahagian yang terjulur ke
rumah jirannya.
Kes yang mungkin
boleh dijadikan contoh terbaik adalah kes yang berlaku kepada seorang ustazah
terkenal, yang kini adalah seorang senator, di mana dia telah disaman oleh
jirannya kerana merosakkan rumput dan tembok rumah jirannya semasa membina
binaan rumahnya sehingga memakan ruang kediaman jirannya.
Jirannya
mendakwa, pembinaan yang dilakukan di rumah ustazah itu telah menyebabkan
rumput mutiara dan tembok di rumahnya rosak.
Maka berperang
lah dua jiran tersebut.
Jiran ustazah
itu menuntut gantirugi di mahkamah dalam kes pada tahun 2002 ini tetapi
akhirnya pada tahun 2006, kes ini berjaya diselesaikan di luar mahkamah.
Alhamdulillah selesai.
Contoh-contoh di
atas di mana manusia berebut tanah atas dasar kenegaraan, ideologi dan
keempunyaan, jelas menunjukkan yang rumah dan tanah sering menjadi rebutan.
Apabila ia
diperolehi dan dimiliki oleh seseorang maka ia ibarat harta rampasan perang.