Dalam masa beberapa lagi, tarikh 9 Julai akan muncul dalam kehidupan rakyat Malaysia. Tidak seperti hari-hari lain, ia telah dinantikan oleh pelbagai pihak. Sama ada sebagai orang yang turut serta, orang yang cuba memberhentikan ia dari berlaku atau hanya sebagai pemerhati, dari jauh dan dekat. Apa yang saya maksudkan adalah perhimpunan atau perarakan yang telah dilabel sebagai Bersih 2.0. Saya telah cuba mengupas sebelum ini di dalam satu blogpost bertajuk Can I not make a stand? yang secara mudah bertanya adakah setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan dalam hal Bersih 2.0 ini atau tidak? Ia lebih bersifat subjektif dari objektif dan hanya meminta setiap individu menilai dan berfikir sendiri.
Namun begitu, sedang saya memandu di sekitar Bandar Sunway, saya ternampak satu kain rentang yang mengatakan bahawa bangsa Melayu diperalatkan dalam perhimpunan Bersih itu. Ia secara tak langsung merujuk kepada orang yang mengepalai perhimpunan Bersih itu bukan berbangsa Melayu. Amat jelas kain rentang itu memberi amaran kepada bangsa Melayu untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut kerana ia diketuai oleh bangsa lain.
Bukankah ini polemik bangsa Melayu sejak dari dahulu? Jika kita melihat semula sajak Melayu oleh Usman Awang (saya pautkan di sini melalui Scribd.com, kita dapat melihat senarai sifat orang Melayu dengan jelas. Dan ia bukan dikurung kepada beberapa jenis sifat sahaja tetapi ia memuji orang Melayu sebagai orang yang mampu menilai sendiri dengan pemikirang yang matang sama ada dia perlu mengikut telunjuk orang atau dia akan mengambil tindakan yang dirasakan sesuai untuk sesuatu situasi.
Mengenai semangat Melayu yang sentiasa kita rujuk, tentu semua yang pernah membaca pelbagai hikayat sastera amat maklum tentang bagaimana Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung di atas istana kerana Hang Jebat percaya bahawa Raja Melaka yang disanjung pada ketika itu perlu disanggah. Hang Tuah pula tetap setia dengan Rajanya walau apa pun arahan yang dikeluarkan oleh Raja.
Bersih dikatakan akan cuba menyampaikan hasrat mereka kepada Institusi DiRaja yang dikatakan dapat menyelesaikan masalah pilihanraya yang dilakukan adalah tidak adil dan terlalu banyak yang boleh diperbetulkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Diharapkan Institusi DiRaja tidak hanya dijadikan alasan tetapi benar-benar dihormati oleh pihak yang memanggil diri mereka Bersih. Sehingga kini, dapat dilihat terlalu banyak pihak menggunakan Bersih 2.0 untuk kepentingan masing-masing, sama ada menyokong atau membantah perarakan ini.
Untuk yang masih mencatu penyertaan mereka pada hari itu, mungkin semangat salah seorang dari pahlawan Melayu zaman kurun itu perlu dirujuk. Semangat Hang Tuah kah atau semangat Hang Jebat kan yang akan dialirkan pada 9 Julai nanti agaknya?

No comments:
Post a Comment