May 27, 2015

How new F&B business can bypass GST collection / Bagaimana bisnes GST baru boleh tidak mengutip GST

I have written this as an article published in Malaysia Insider titled How a new F&B outlet can bypass GST by Khairul Anuar Shaharudin and the new internet magazine LivingMsia titled Getting into the food business? Be GST smart! (Check out LivingMsia as they are a new internet magazine with lots to offer). They are different from each other as I edited them for each publication.


Here is the article reproduced ad verbatim from Malaysian Insider :

Caution: this is not something the taxman (Customs Department) would like you to know, but the advice here is not against the law with regards to the goods and services tax (GST) in Malaysia.
You are starting a new food and beverage (F&B) business because you think you have delicious food to sell. Here are some tips for new F&B ventures to make sure you will survive the first few months, maybe even a year or two, in this new GST era:
1) There is a threshold of RM500,000 per year before you have to collect GST from your clients. That amount translates to just above RM40,000 per month. You need to calculate an amount for your livelihood after deducting costs, which may translate to half of that amount or even less.
The threshold set makes sure any business that crosses the threshold is taxable under GST. If you are ambitious and cannot wait to make your first million in the first year of your business, you can go ahead and break that threshold and then you will have to collect GST from your clients.
Those who are smart and know the real value of a business for its longevity, be patient. Business is a marathon and not a 100-metre dash, after all.
2) In order to make No. 1 work, you have to have a game plan. Like buying your ingredients for your food business from among those stuffs which are zero-rated items in GST. Many raw materials are zero-rated but this may change in the future. Hence, study the list of zero-rated items and make sure you make adjustments accordingly.
3) Lower the costs of your operation. You can do this by doing a few cost-effective measures of running an F&B business:
a) Operate the business yourself. Don't use too much labour, especially foreign labour. Man the point of sale yourself, cook and serve every customer yourself (personal touch is always good) and if you can, do everything yourself.
b) Run your business from a stall or half a shop. Get a place where the rent is cheap. If you still want make it a full-service F&B business, the patrons can stand or sit on high chairs. This requires less space.
c) Sell from home. Run a delivery service or a pick-up service. Cakes baked at home and delivered to buyers make surprisingly good business. Packed-lunch business is also picking up in the Klang Valley.
d) A take-away only business like goreng pisang or nasi lemak stalls can be lucrative but still below the threshold for GST collection.
e) Cater to small groups of people with a certain target of money to be collected each month. A cook with talents for certain types of food can command good money.
f) Keep short hours for your F&B business. Foot traffic in most areas (even in malls) fills up only in short durations of time and not all the time every day. Concentrate on either breakfast or lunch or dinner or a combination of two only, ideally those adjacent to each other.
g) Cook and send to other places to sell your food. There are not many nasi lemak bungkus on the tables of mamaks these days.
4) Close the shop for a certain period of time each year when you near your threshold for that year. Or set a target of RM500,000 revenue per year and the moment you achieve it, close your shop until the next year comes around. People in Europe do it. Maybe it is time for us to follow suit.
5) Finally, albeit expensively, close your business every time you have bypassed the threshold. Be forewarned, the Customs Department did warn that businesses which take this route may be found liable in trying to bypass GST.
Do refer to a tax consultant about all your GST inquiries before implementing these suggestions. – May 26, 2015.

Berikut adalah terjemahan artikel di atas di dalam Bahasa Malaysia :
Amaran : Ini bukan sesuatu yang pihak berkuasa, Jabatan Kastam, mahu anda tahu tetapi nasihat di sini bukan lah sesuatu yang menyalahi undang-undang berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia.
Anda akan memulangkan perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang baru kerana anda merasakan anda mempunyai makanan yang sedap untuk dijual. Berikut adalah beberapa tips untuk perniagaan F&B yang baru yang memastikan anda dapat bertahan selama beberapa bulan dan mungkin juga setahun dua di dalam era GST yang masih baru ini :
1) Terdapat had RM500,000 setahun yang perlu dilepasi sebelum anda perlu mengutip GST daripada pelanggan anda. Jumlah ini menjadi lebih kurang RM40,000 sebulan. Anda perlu mengira jumlah yang diperlukan untuk hidup setelah menolak kos, yang mungkin akan memakan setengah atau kurang daripada jumlah itu.
Anda boleh menjual makanan dan minuman anda lebih murah daripada mereka yang mengutip GST daripada pelanggan untuk setiap barangan yang mereka jual.
Had yang telah ditentukan memastikan hanya perniagaan yang telah melebihi had tersebut dikenakan cukai GST. Sekiranya anda jenis yang terlalu cepat kaya dan tidak boleh menunggu untuk mencapai jumlah sejuta anda pada tahun pertama perniagaan anda, anda boleh memilih untuk melepasi had tersebut yang menyebabkan anda terpaksa mengutip GST daripada pelanggan-pelanggan anda.
Mereka yang bijak dan tahu tentang nilai sebenar sebuah perniagaan adalah berapa lama ia wujud, akan tahu untuk bersabar. Perlu ingat, perniagaan adalah satu maraton dan bukannya larian 100-meter.
2) Untuk membuat No. 1 berjaya, anda perlu mempunyai perancangan rapi. Antaranya membeli barangan mentah untuk perniagaan makanan daripada barangan kadar-0 dalam GST. Banyak bahan mentah adalah barangan kadar-0 tetapi ini mungkin berubah di masa hadapan. Oleh itu, kaji senaran barangan mentah kadar-0 dan pastikan anda membuat pelarasan sewajarnya. 
3) Kurangkan kos operasi anda. Anda boleh lakukan ini dengan beberapa kos yang efektif dalam menjalankan perniagaan F&B :
a) Lakukan semua operasi anda sendiri. Jangan gunakan terlalu ramai pekerja, terutama pekerja asing. Jaga kaunter wang anda sendiri, masak sendir dan hidangkan makanan untuk pelanggan anda sendiri (sentuhan peribadi selalunya menarik pelanggan yang lebih) dan sekiranya boleh, lakukan semua perkara sendiri.
b) Jalankan perniagaan anda daripada gerai atau sewa hanya setengah kedai. Dapatkan tempat di mana sewa adalah murah. Jika anda mahu menjadikan ia perniagaan F&B berservis penuh, pelanggan boleh berdiri atau duduk atas kerusi tinggi. Ini memerlukan ruang yang lebih kecil.
c) Jual daripada rumah. Lakukan penghantaran atau pelanggan boleh mengambilnya sendiri. Kek yang dibakar di rumah dan dihantar kepada pelanggan adalah pernigaan yang menguntungkan. Perniagaan makanan tengahari berbungkus semakin popular di Lembah Klang.  
d) Perniagaan makanan bungkus-sahaja seperti yang menjual goreng pisang atau nasi lemak cukup menguntungkan tetapi masih tidak melepasi had untuk mengutip GST.
e) Masak untuk pelanggan dalam majlis tertentu dengan jumlah tertentu dengan sasaran jumlah wang tertentu untuk dikutip setiap bulan. Tukang masak yang boleh memasak makanan tertentu boleh membuat duit yang banyak. 
f) Pastikan masa buka perniagaan F&B anda pendek. Trafik pelanggan di kebanyakan tempat (termasuk pasaraya) hanya banyak dalam tempoh masa tertentu dan bukan setiap masa pada setiap hari. Tumpukan samada untuk sarapan pagi atau makan tengahari atau makan malam atau gabungan dua daripadanya, secara ideal yang bersebelahan antara satu sama lain.
g) Masak dan hantar ke tempat lain untuk menjual makanan anda. Nasi lemak bungkus semakin kurang di meja-meja di kedai mamak sekarang. 
4) Tutup kedai anda untuk beberapa lama pada setiap tahun apabila anda hampir mencapai had GST untuk tahun tersebut. Atau setkan sasaran perolehan RM500,000 setahun dan apabila anda mencapainya, tutup kedai anda sehingga tahun seterusnya. Banyak kedai di Eropah melakukannya. Mungkin sudah sampai masa kita melakukan yang sama.
5) Akhirnya, walaupun mungkin sedikit mahal, tutup perniagaan anda apabila anda telah mencapai had GST tersebut dan buka perniagaan baru. Jabatan Kastam ada memberi amaran akan mengambil tindakan kepada perniagaan yang sengaja melakukan sedemikian untuk sesiapa yang didapati cuba untuk lari daripada mengutip GST.
Sila rujuk pakar cukai dan GST tentang sebarang hal-hal GST sebelum melakukan cadangan-cadangan di atas.

No comments:

Custom Search