March 23, 2015

Pinjam adalah Bestseller 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2015



Dengan nama pena 'Anuar Shah', saya telah menulis dua buku. 

Buku pertama saya, Pinjam telah diterbitkan pada 2014 di Kuala Lumpur Alternative BookFest. Kali pertama saya memegang buku Pinjam adalah ketika saya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Saya hanya memegangnya tetapi tidak memiliki satu pun buku Pinjam itu sehingga seminggu kemudia di KL Alternatif BookFest 2014, yang kali terakhir diadakan di Annexe Gallery di belakang Pasar Seni Kuala Lumpur.

Pegang je, tak boleh nak belek pun sebab penjualnya adalah MPH, bukan Fixi
Tahun 2015, semasa saya sibuk hendak melancakan buku kedua saya dengan Fixi, Pentas, tiba-tiba saya mendapat WhatsApp daripada rakan satu sekolah saya, saudara Zaid, yang tinggal di Putrajaya. Dia telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya beberapa lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan untuk saya pergi ke sana. Dia menghantar WhatsApp yang menunjukkan Pinjam adalah Bestseller 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya itu.


Gambar-gambar WhatsApp daripada rakan saya, Zaid
Saya menjadi tidak sabar untuk Sabtu, 21hb sampai. Semua yang bakal berlaku pada 21hb Mac 2015 itu telah saya cerita di blogpost ini.

21hb Mac itu, saya telah dijemput sebagai salah seorang daripada penulis-penulis True Wealth, penerbit buku siri Ask the Lawyer saya untuk memberi sedikit seminar percuma terutama yang berkaitan dengan buku-buku saya. 

Saya menjadi lebih teruja untuk ke sana kerana saya ingin melihat sendiri buku saya sebagai Bestseller 2014. Ia menjadi cukup nostalgia kerana itu lah tempat pertama saya melihat buku Pinjam itu sendiri.


Saya menjadi lebih bangga dan berterima kasih kerana staff MPH yang ada mengenali saya dan meminta mengambil gambar dengan saya. Seorang kedengaran berkata "Aku dah cakap, kat Pesta Buku ni kita dapat jumpa ramai orang terkenal."

Dengan pekerja-pekerja MPH pagi itu
Dalam hati sendiri menyebut "Wah, penulis Fixi dianggap sebagai orang terkenal."



Selepas saya habis memberi seminar pendek itu, terjumpa dua rakan se-universiti saya yang berkahwin sesama mereka dengan anak  mereka yang sudah boleh dikatakan 'anak dara'. Saya sudah lama tidak berjumpa mereka. Sempat mengambil gambar dan kemudian di dalam group WhatsApp kami rakan saya berkata anaknya telah mengedarkan gambarnya dengan penulis Pinjam kepada kawan-kawannya (walaupun masa berjumpa tak minat untuk saya menandatangani buku Pinjam yang ibu bapanya tawarkan untuk beli untuknya).


Memang cukup bersyukur dan gembira dengan pencapaian novel sulung saya, Pinjam, itu.

p/s : Jika minat nak baca Pinjam boleh beli di website Fixi ini dan jika mahu mengikut perkembangan novel Pinjam dan novel-novel indie oleh Fixi, boleh ikut di sini

No comments:

Custom Search