(I have stopped writing this fictionalised event of my life for quite a while and thought of turning it into a full novel as I already have publishers interested in it but then, I am still using this blos as my drawing board, so here goes... You can check the earlier episodes under the same headings)
Di Dubai, aku terpaksa berpindah dari satu hotel ke satu hotel selepas menumpang YB untuk satu malam. Pada malam pertama usahawan lampin itu tiba, kami dapat satu bilik di hotel itu. Bukan sahaja bilik biasa tetapi bilik suite yang mewah tetapi hanya mempunyai satu katil. Dua hari aku terpaksa berkongsi katil dengan orang-orang dewasa yang sudah lama tidak berkongsi katil kecuali dengan isteri (atau isteri-isteri mereka dalam kes usahawan lampin itu). Nasib baik orientasi seksual aku tidak ke arah sejenis yang sejak tahun 1999 menjadi jenaka rakyat Malaysia.
Tetapi hari berikutnya kami hanya berjaya memperolehi satu bilik dua katil di sebuah hotel di luar bandar Dubai. Ia hanyalah 3 bintang tetapi cukup sebagai tempat tidur kerana kami telah merancang untuk menghabiskan masa kami di Dubai dengan rombongan kerajaan negeri itu. Pagi-pagi lagi kami telah berada di hotel rombongan kerajaan negeri itu. Kami telah memberitahu awal-awal agen pelancongan yang mengendalikan logistik rombongan kerajaan negeri itu yang kami ingin mengikut mereka di dalam bas rombongan mereka. Agen itu walaupun dikatakan adalah sepupu kepada isteri Big Boss, adalah seorang yang baik dan hanya mensyaratkan jika tiada tempat di atas bas kami terpaksa mencari kenderaan pulang kami sendiri. Kami bernasib baik kerana setiap hari kami di sana kami mendapat tempat di atas bas itu.
Selain dari beberapa sesi pemadanan bisnes dengan usahawan di Dubai, kami banyak menemani YB ke pusat membeli belah yang bersepah-sepah di Dubai. Dia membeli jam tangan, suit, pelbagai hadiah untuk isterinya dan yang paling jauh kami keluar bertiga adalah ke Hard Rock Cafe Dubai kerana YB ingin membeli pelbagai baju kemeja HRC sebagai buahtangan untuk anak-anaknya. Hampir setiap jenis dan saiz diborong oleh YB.
Ramai yang dapat aku berkenalan dalam rombongan ini termasuklah YB yang kemudiannya terlibat dalam kontroversi kerana mempunyai sebuah banglo besar di bandar di raja negeri itu. Mendengar ceritanya tentang apa yang dilakukan sepanjang rombongan itu berada di Dubai, seperti ia adalah percutian rasmi kerajaan negeri itu dan bukan rombongan mencari bisnes. Mungkin ini dimaksudkan dengan kelebihan yang diperolehi apabila seseorang menjadi YB. Inilah juga agaknya yang menyebabkan rakyat akhirnya menyampah dan ia dilihatkan dengan undi yang diperolehi oleh parti politik YB pada pilihanraya yang mengubah segalanya.
4 comments:
takmau sambung dah ke ur fiction ni?
takmau sambung dah ke ur fiction ni?
Maybe one day I will. Actually mungkin publish terus :)
ok.....will wait. let me know once published. so i can grab one from the shelves and tell everyone tht i know the author......hahahah
Post a Comment