Pertemuan pertama aku dengan YB telah diadakan di restoran Jepun di hotel yang berhadapan dengan tempat persidangan partinya. Pada hari itu parti politik YB sedang mengadakan satu lagi perhimpunan yang terkenal apabila diadakan akan menyebabkan semua hotel-hotel di sekeliling Kuala Lumpur dipenuhi. Perhimpunan parti YB juga selalunya akan menyebabkan kesesakan luar biasa berlaku kerana pelbagai bas-bas dari luar KL akan datang untuk membawa ahli-ahli parti politik YB ke ibupejabat parti tersebut. Lobi-lobi hotel juga akan dipenuhi dengan pelbagai pihak sedang berdiskusi tentang pelbagai perkara 'penting' tentang parti mereka. Dikatakan pada masa parti politik YB berada di puncaknya, hampis semua kontrak kerajaan pada sesuatu tahun telah ditentukan kontraktornya pada masa parti politik YB bersidang.
Di restoran Jepun itu, kami diminta menunggunya di dalam salah satu bilik daripada bilik-bilik kecil yang dibina mengelilingi tempat makan terbuka restoran tersebut. Kami mendapat bilik pertama yang menghadap pintu masuk restoran tersebut. Apabila aku telah mengenali YB lebih lama baru aku faham kenapa YB suka memilih bilik yang pertama. Mudah untuk dia keluar masuk tanpa dilihat. Temujanji kami telah ditetapkan pada pukul 8 malam dan S telah ada di situ lebih awal dari aku. S tinggal di KL dan aku duduk bujang dengan kawan-kawan dari universitiku luar sedikit dari KL.
Apabila aku masuk ke bilik itu, terdapat seorang lelaki yang sudah berada dengan S. Aku ingatkan dia YB dan aku terus bersalam dengannya sambil bertanya kan khabar. Apabila aku memanggilnya YB, dia tersenyum. Dia terus menerangkan kepada ku bahawa dia hanyalah pemandu kereta YB dan dia diminta oleh YB untuk menemankan kami sebentar sementara YB selesai bersidang untuk hari itu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai H.
H adalah seorang yang agak muda dan apabila dia memberitahu dia masih berumur 30-an, aku terkejut kerana aku menyangkakan dia masih di dalam linkungan 20-an. Dia juga memberitahu yang dia berketurunan Jawa dan begitu juga YB. Aku hanya mengangguk sambil memandangnya semula dengan lebih teliti kerana dia mempunyai kulit yang cerah dan menyerupai seorang Cina. Bila dia nampak aku meneliti dirinya, dia menerangkan yang kadang-kadang memang ramai Jawa berkulit cerah dan kelihatan seperti dirinya.
Sambil kami menunggu kedatangan YB, kami berborak tentang bagaimana S selalu datang ke pejabat YB pada satu masa dahulu dan sekarang telah pun bergelar sebagai seorang peguam. S tersenyum sahaja dan mengatakan yang tahun terakhir di universiti agak mencabar dan setelah selesai belajar, terpaksa berguru selama sembilan bulan sebagai seorang yang 'chambering' menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk melawat YB. Kini setelah mempunyai perniagaan sendiri, S rasa sudah sampai masa bertemu semula dengan YB.
S telah memberitahu aku awal-awal lagi yang YB tentu saja akan bersetuju berjumpa dengan kami kerana YB pernah menawarkan untuk menolong S sekiranya ada apa-apa masalah yang boleh diselesaikannya. S telah menelefon pejabat YB dan bercakap dengan pembantu peribadi YB yang S ingin berjumpa dengan YB. Pembantu peribadi YB terus menyambung talian telefon tersebut kepada YB dan YB telah meminta agar pertemuan ini diadakan. S juga telah menjawab apabila ditanya tentang apa tujuan pertemuan ini dengan jawapan ringkas "Bisnes".
Hampir sejam juga kami menunggu dan sambil kami berborak, kami dihidangkan dengan sushi dan pelbagai makanan Jepun. Aku yang tidak pernah makan makanan Jepun, telah diolok-olok oleh H dan S apabila mereka menyuruh aku meletak wasabi yang banyak di atas sushi yang aku telah pegang. Itulah pertama kali aku merasakan segala hingus dan segala buangan telinga ku telah dibakar oleh wasabi tersebut. Kedua mereka ketawa berdekah-dekah melihat aku menggapai gelas minum untuk menghilangkan kepanasan yang aku rasa.
"Ha! Pedas tak?" ujar S. "Tak tahan nampaknya orang Negeri Sembilan".
Aku hanya mampu tersenyum dan pada ketika itu YB pun masuk melihat aku bermata merah sambil terpinga-pinga menahan kepedasan....

No comments:
Post a Comment