Aku termangu-mangu cuba menahan pedas dan YB terus berseloroh bertanya kenapa muka aku merah seperti termalu-malu berjumpa dengannya. Aku tersengih dan menerangkan yang aku tidak tahu wasabi boleh sepedas itu. Dia tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya. Mungkin dia tertawa di dalam hati dengan kejakunan aku yang tidak pernah makan makanan Jepun.
Dia terus bertanya kepada H tentang beberapa perkara termasuk samada 'bos' ada menelefon, bateri baru telefon bimbitnya telah dibeli, ubatnya ada dibawa dan samada temujanjinya selepas itu masih akan diteruskan. H menjawab satu persatu dan baru aku memahami tujuan H ada bersama kami. Dia bagaikan pembantu peribadi YB yang sentiasa ikut bersama ke mana-mana dengan YB. Aku membuat telahan mental untuk mengeksploitasi maklumat ini.
Dia kemudiannya mengalihkan perhatiannya kepada kami dan bertanya apa yang telah kami pesan untuk makan. Dia kemudian bertanya kepada H samada nasi goreng bawah putih dan Unagi (belut Jepun) telah dipesan untuknya. Apabila H menjawab tidak, dia terus menepuk tangannya dan tidak semena-mena terdengar suara "Hait!" di luar restoran dan 5 minit kemudian pintu bilik kami dibuka.
Seorang pelayan wanita yang sedang mengandung masuk. Walaupun mengandung kelihatan dia sebenarnya seorang cantik. YB tersenyum melihatnya dan terus bertanyakan khabar dirinya dan keluarganya. Dia menjawab dan terus disambut YB dengan selorohan tentang samada anak yang dikandung adalah anak yang kesepuluh. Ditambah lagi dengan pujian yang suami wanita tersebut sangat beruntung mempunyai isteri yang cantik. Pelayan itu tersenyum lebar.
"Perempuan! Pantang dipuji" ujar YB apabila wanita itu meninggalkan bilik kami.
Itulah pertama kali aku melihat YB menggunakan perwatakannya untuk menawan hati seseorang.
Aku meneliti YB. Dia bukanlah seseorang yang dikategorikan 'kacak'. Dia adalah apa yang aku selalu bayangkan seseorang Jawa patut kelihatan. Kulit sawo matang, tidak terlalu tinggi dan rambutnya terdapat beberapa helai uban yang semakin menguasai bahagian yang hitam. Dia kelihatan seperti umurnya yang mencecah 45 tahun pada masa itu. Pakaiannya nampak mahal tetapi koordinasi warnanya seperti kurang sepadan. Baju batik merah bercampur kuning, seluar hitam dan stokin kelabu. Sedikit janggal.
Dia nampak aku sedang memandangnya dan terus mengacukan soalan "Apa tujuan kita berjumpa ni? Makan je?". Aku memandang S dan S menjawab "Kami nak ajak Dato' berniaga. Itu pun kalau minat lah".
Sebelum kami dapat meneruskan perbincangan, dia memandang tepat kepada S dan berkata "Dulu kalau datang jumpa aku di opis asyik pakai jeans aje. Ni cantik sikit pakai suit macam ni"
S tersenyum dan meneruskan percakapannya "Kami ingat nak kongsi perniagaan firma kami. Secara sah memang tak boleh lah, tapi kita boleh buat perjanjian di luar"
"Menarik. Apa kata korang berdua tulis benda ni dan mungkin kita berjumpa semual dalam seminggu dua ni". Memang kata-kata YB ini telah kami jangka dan tunggu-tunggu.
Seterusnya perbualan kami hanya tentang macamana kami boleh membuka firma kami dan latarbelakang kami menjadi rakan kongsi. Aku nampak YB semacam pelik kenapa S yang rupawan ingin menjadikan aku sebagai rakan perniagaannya. Aku tidak kisah apa tanggapannya selagi dia mahu menolong kami.
Bertitik tolak dari pertemuan inilah aku akhirnya menjadi lebih rapat dengan YB dari S.

No comments:
Post a Comment