Aku memang faham sangat-sangat jika YB menelefon aku lebih dari pukul 12 tengah malam bermakna ada sesuatu yang penting telah berlaku. Memang benar apabila aku tiba di restoran mamak yang menjadi tempat pertemuan kebiasaan kami, di meja yang didudukinya dipenuhi juga dengan setiausaha bahagiannya, pembantu peribadinya dan juga seorang yang aku tidak kenali. Jarang aku dipanggil untuk melibatkan diri dalam apa-apa perbincangan mengenai politik. Kecuali jika ia melibatkan pilihanraya.
Dalam dua minggu kebelakangan ini, topik bila pilihanraya akan diadakan telah menjadi topik perbualan di kedai kopi yang tidak lekang dari diperkatakan. PM telah memberi beberapa bayangan yang Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diadakan. Aku seperti rakyat Malaysia yang lain mendengar pengumuman ini dan membiarkan ia keluar di telinga kanan ku kerana sejak Oktober 2007, pilihanraya acap kali dicanang akan diumumkan oleh pelbagai pihak.

Apabila YB memberitahu di kedai mamak tersebut yang dia terpaksa membatalkan rancangannya untuk pergi melihat anaknya di Perth, Australia mendapat gulungan ijazahnya di sana, aku mula yakin kali ini tarikh pilihanraya tersebut adalah dekat. Datin nampaknya terpaksa pergi ke Perth dengan ibunya sebagai teman untuk melihat majlis graduasi anak keduanya sebagai seorang akauntan.
Aku pun telah diberitahu sebulan lepas, walaupun tidak secara rasmi, dengan cara yang memang selalu digunakan oleh YB, iaitu secara berseloroh, yang dia telah dipanggil oleh Badan Perhubungan Negeri dan diminta agar tidak meninggalkan negeri atas apa jua alasan. Sebagai seorang yang setia, dia mematuhi arahan tersebut dan mula mengadakan pelbagai persediaan. Persediaan yang paling ketara, yang aku nampak, adalah pada satu hari Sabtu di mana aku di kawasannya bersamanya untuk minum pagi dan dia tiba-tiba teringat yang dia perlu melakukan 'spot check' terhadap jenteranya yang sedang mengadakan 'dry run' untuk memastikan jentera-jenteranya akan berfungsi masa pilihanraya nanti.
Namun, sejak dia menang pada pilihanraya 2004 di mana aku juga telah terlibat secara langsung sebagai peguam untuk dirinya, dia banyak kali memberitahu bahawa pilihanraya tersebut adalah pilihanraya terakhir untuknya dan dia tidak akan bertanding sekali lagi sekiranya dia dipilih pun. Keinginan ini diulangi dengan lebih kerap apabila tanda-tanda pilihanraya akan diadakan lebih awal setahun semakin ketara.
Aku teringat macamana aku mula mengenali YB pada tahun 2000....
No comments:
Post a Comment