"Jadi, firma kau dah bersedia?" kata-kata YB menyentak aku kembali ke alam realiti.
Dia terus memandang aku dan aku mengangguk.
Kami berada di pejabat YB di kawasannya dan kami baru selesai berbincang dengan parti-parti komponen lain tentang kempen yang akan dibuat. Hari penamaan calon masih ada 3 hari lagi dan tarikh-tarikh yang penting telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada 13.02.08 dan penamaan calon akan diadakan pada 24.02.08. Tarikh yang dinanti-nantikan dengan debaran oleh semua bakal-bakal calon pilihanraya adalah 08.03.08. Dan tarikh pembubaran dan tarikh pilihanraya tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan pelbagai nombor bertuah beberapa orang penting negara. Bagi YB tarikh-tarikh tersebut tidak mempunyai makna khas tertentu bagi dirinya. Dia menganggap pilihanraya telah patut diadakan lama dahulu ketika masih tidak banyak isu-isu ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Malahan, oleh kerana dia rasa dia sudah bersedia, dia anggap peluang untuk dirinya dipilih sekali lagi hanyalah 50 : 50.
Aku kenal benar dengan perangai YB. Jika dia mengatakan sesuatu, ianya satu percaturan politik yang dia akan ulangi dalam percakapannya dengan orang-orang lain yang bakal ditemuinya. Dia makan minum tidur dan bernafas politik. Aku tidak hairan sekiranya dengan Datin pun dia berpolitik. Ini bermakna jika dia berkata sesuatu, ia adalah untuk memastikan dia 'selamat' dalam percaturan politiknya.
Dia memang dari dahulu terkenal dengan kepandaian bermain politik 'selamat'. Dia telah berkhidmat dengan tiga 'bos' yang berbeza. Dengan setiap bos tersebut, dia sentiasa berjaya menjadi barisan exco. Portfolio yang dipegangnya sentiasa membolehkan dia membantu kawasannya yang berada di bahagian negeri itu yang belum begitu membangun. Dia juga memastikan dirinya dapat di'bantu'.
Aku hanya mengenalinya selepas pilihanraya ke-11 Malaysia. Pilihanraya umum pada 1999 tersebut dikatakan sebagai pilihanraya paling mencabar bagi parti yang dianggotai YB. Pada masa itu Bos Tertinggi telah melucutkan jawatan Bos Kedua kerana kes seks luar tabi'i. Betul atau tidak perkara itu berlaku telah ditentukan oleh Mahkamah Malaysia. Di luar mahkamah, penduduk Malaysia telah menilai dengan cara lain iaitu dengan hampir separuh tidak mempercayai keputusan mahkamah tersebut. Pilihanraya tersebut diadakan pada masa kes itu belum diputuskan tetapi ia telah diadili dahulu oleh penduduk Malaysia.
Maksudnya dengan bertanya aku sudah bersedia atau tidak adalah samada aku telah mentelaah segala undang-undang yang perlu untuk memastikan sekiranya dirinya terpilih, pencalonannya tidak akan menghadapi apa-apa masalah.
Di pihak aku pula, walaupun sejak dari pilihanraya 2004 yang lepas, aku diberitahu olehnya dia sedang melalui penggalnya yang terakhir, apabila pada Oktober 2007 terdapat khabar angin pilihanraya akan diadakan, semua akta-akta terbaru telah aku beli. Pengumuman-pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya juga aku ikuti dengan taat.
Oleh itu, jawapan aku kepada YB ketika diacukan soalan itu hanyalah satu perkataan
"Ya"

No comments:
Post a Comment