Rupa-rupanya YB sudah berpolitik sejak muda. Sama seperti Menteri Besar di kampung ku yang telah berkecimpung dalam politik semenjak berumur 20 tahun. Keturunan juga penting. Jika ibu bapa ahli politik dan berjawatan sebagai menteri atau sekurang-kurangnya exco kerajaan negeri, lebih mudah untuk memenuhi aspirasi politik masing-masing.
Melalui pembantu peribadi Dato' A, baru aku tahu, untuk berkecimpung dalam politik di Malaysia jika ingin popular, ramai kenalan, penaung dan pengikut yang perlu dikumpul. Bagi 'boss' YB, Dato' A adalah 'dompet'nya. Kepercayaan yang diberi oleh 'boss' YB kepada Dato' A adalah kerana perkenalan mereka bermula sejak sekolah. 'Boss' juga memang telah dikatakan ramai macamana karier politiknya telah difast-trackkan apabila dia sanggup mengorbankan sedikit dari negerinya kepada kerajaan Malaysia. Pada masa 'boss' dilantik ramai nama-nama dari parti YB dikatakan akan mengambil tempat mantan 'boss'.Termasuklah YB.
Muka YB pernah dibariskan di hadapan Utusan Malaysia dengan beberapa exco kerajaan negeri yang dikatakan paling layak menerajui negeri itu setelah mantan 'boss' tersilap pencaturan karier politiknya. Apabila big boss memilih 'orang luar' yang baru pertama kali menjadi ADUN sebagai boss negeri itu, macam-macam cerita keluar tentang boss baru YB itu.
Semasa YB sibuk menghadapi semua itu, aku belum mengenalinya. Cerita pembantu Dato' A, YB dengan berselamba menceritakan teorinya kepada semua orang "Jika dah jadi exco, mana pernah jadi boss. Dah terbukti berkali-kali" Dikatakan YB telah mewar-warkan teori ini sebelum pengumuman nama boss itu dibuat. Sekali lagi, permainan politik YB adalah permainan politik selamat atau safe play. Macam Misbun main badminton. Long rally kemudian smash bila ada peluang.
Apabila YB tidak terpilih sebagai boss badtu dia cepat-cepat memastikan yang dia akan dikekalkan sebagai exco. Mesyuarat lewat-lewat malam dengan pegawai-pegawai di bawahnya dan menyelesaikan semua tugasan yang telah diberikan kepadanya samada tugas kerajaan mahupun tugas-tugas parti politiknya. Hasil dari kerajinannya, dia dikekalkan sebagai anggota exco kerajaan negeri.
Ini berlainan dengan zaman mudanya ketika dia mula berkecimpung dalam bidang politik. Dia memulai karier politiknya dengan menyertai barisan Pemuda partinya. Dia memang terkenal dengan lantangnya. Dia pernah masuk ke dalam mahkamah dan duduk di atas meja hakim bersama-sama dengan beberapa barisan exco pemuda untuk memprotes keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang melibatkan parti politiknya. Dia pernah membakar bas dan jambatan (dua kes yang berlainan) dan masuk lokap kerana tindakannya itu. Mungkin nasib dia baik kerana banyak penaung dia tidak pernah dicampak ke dalam pusat tahanan ISA. Penaung-penaungnya memang berada tinggi di hireaki kepimpinan parti politik yang dianggotai YB. Cukup untuk menyelamatkannya dalam pelbagai situasi yang genting.
Bila aku mendengar semua ini, aku ahu YB adalah tiket untuk aku melangkah jauh dalam karier peguam aku. Aku baru bermula, banyak lagi yang belum aku tempuhi. YB pula nampaknya ingin membantu. Ikhlas atau tidak, itu tidak penting. YB kena cuba sendiri mengurat S yang aku tahu pandai bersilat menepis orang-orang yang macam YB. Aku pula akan menyumbang apa yang patut untuk menolong S menangkis tapi kalau S terkorban, bukan ada apa-apa yang rugi. Entah-entah lagi untung...
No comments:
Post a Comment