"Ok. Kalau kau dah bersedia, aku nak kena cerita sikit tentang pilihanraya kali ini" kata-kata YB membawa aku semula ke dunia kini.
"Kali ni kau bukan kena jaga aku saja. Kami dah dapat arahan dari Badan Perhubungan tahun ni setiap bahagian kena lantik seorang peguam sahaja" dia memulakan 'briefing'nya.
"Tahun 2004, masa kau first time jadi peguam aku tu, kau kena buat dengan peguam-peguam lain kan? Yang parti kaum Cina bawak peguam dia, yang parti kaum India, bawak peguam dia, parti kita, dua peguam. This time, tak. Kau sorang aje"
Ditenungnya mata aku dalam-dalam sebelum dia bertanya "Ok tak?"
Aku tahu YB bukannya merendah-rendahkan aku dengan soalan ini. Dia telah mengenali aku sejak aku masih baru membuka firma ku di Kuala Lumpur. Dia telah melihat aku dari memakai kereta Kancil ditaja oleh ibu bapa ku ke kereta Mercedes yang aku beli hasil dari kejayaan firma aku. Setengah dari kejayaan firma ku juga boleh dikatakan hasil dari pertolongan YB. Anaknya sekarang hampir telah tamat mentelaah di fakulti undang-undang di sebuah universiti tempatan dan menunggu masa sahaja untuk menyertai firma ku. Firma ku juga terkenal dengan kebolehan mengendali ratusan fail perumahan dalam satu-satu masa. Berbeza dengan tugas mengawasi penfailan kertas pencalonan pilihanraya dan memantau perjalanannya.
Bagi aku, aku memang telah bersedia. Sejak pilihanraya telah diumumkan akan berlangsung dalam tahun 2008 itu, sejak awal tahun lagi telah ku beli semua akta-akta terbaru berkaitan dengan pilihanraya. Apa-apa undang-undang kecil oleh Suruhanjaya Pilihanraya telah aku teliti dan ikuti segala perkembangannya. Aku telah pun mengarahkan peguam muda yang bekerja dengan aku untuk menelaah apa sahaja yang berkenaan dengan pilihanraya.
"Ok je YB. YB pun tahu yang saya telah bersedia untuk jadi peguam YB. Kalau kena jaga wakil rakyat... ops, sori. Bakal wakil rakyat lain", aku berseloroh sikit, cuba mengurangkan keseriusan pertemuan itu. "Kalau ada wakil rakyat lain pun, saya boleh handle. Takde masalah. Insyaallah..", aku masukkan sikit caveat emptor macam seorang ahli politik.
"Kali ni nampaknya semua peguam di pejabat saya kena bekerja lah. S pun nampaknya kena ikut sekali", naik sedikit keningnya apabila mendengar nama S disebut.
Itu yang selalunya disalah tafsir oleh rakan-rakan dan peguam-peguam lain. Kebanyakan dari mereka menganggap aku seorang yang ingin berkecimpung dengan politik. Apa tidaknya, hampir setiap kali aku sedang duduk dengan mereka, jika telefon bimbit aku berbunyi, jika ianya YB, pasti aku akan meninggalkan mereka tergesa-gesa. Malahan, isteri aku hinggakan ibu bapa ku pernah ditinggalkan kerana aku diminta bertemu dengan YB.
Pernah, aku bergegas balik ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, dengan isteri dan ibu bapanya berada di dalam kereta apabila YB memanggil aku berjumpa dengannya. Yang membuat isteri aku marah adalah kerana ia berlaku masa hari raya baru masuk ke hari ketiga.
Namun, prinsip aku mudah.

YB adalah hanya seorang anakguam dan aku adalah seorang peguam. Segala wang ringgit yang aku telah diamanahkan untuk dijaga dan segala perkongsian keuntungan antara dia dan firma aku, adalah berdasarkan hubungan ini.
Tidak lebih dan tidak kurang...
Tidak lebih dan tidak kurang...
No comments:
Post a Comment